Kerja-kerja Pembaikan Cerun Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Jalan Desa Bakti, UTM Johor Bahru, Johor
Adalah dimaklumkan bahawa lorong susur keluar dari Perumahan Desa Bakti ke Kampus UTM akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan cerun sepertimana ketetapan berikut:-
Lokasi :- Lorong Susur Keluar dari Perumahan Desa Bakti ke Kampus UTM
Tarikh :- 27 Julai 2021 sehingga 6 September 2021
Sehubungan itu, mohon kerjasama dari tuan/puan supaya dapat memanjangkan mengenai pemakluman penutupan jalan ini kepada pelajar, staf dan orang awam yang menggunakan laluan tersebut.
Segala kesulitan yang timbul akibat daripada gangguan ini amatlah dikesali.
Harap maklum.
Maklumat lanjut di Facebook JHB