Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBrs Prof. Dr. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Saudara,
 

Projek Menaiktaraf Infrastruktur Kampus UTM JB (Sistem Bekalan Air)

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa penutupan sebahagian Jalan Cengal akan dilaksanakan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja  ‘Pipe Crossing’ pada ketetapan berikut:-

Lokasi :- Jalan Merbau
Tarikh  :- 5 Februari 2021 hingga 6 Februari 2021 

Masa    :- 8.00 pagi hingga 6.00 petang

Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon kerjasama dari tuan/puan supaya dapat memaklumkan mengenai gangguan ini kepada pelajar dan staf yang berada di kawasan yang terlibat. 
 
Segala kesulitan yang timbul akibat daripada gangguan ini amatlah dikesali.
 
Sekian, Terima kasih.