Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBrs Prof. Dr. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Saudara,
Projek Menaiktaraf Infrastruktur Kampus UTM JB (Sistem Bekalan Air)
Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa penutupan sebahagian Jalan Cengal akan dilaksanakan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja ‘Pipe Crossing’ pada ketetapan berikut:-
Lokasi :- Jalan Merbau
Tarikh :- 5 Februari 2021 hingga 6 Februari 2021
Masa :- 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon kerjasama dari tuan/puan supaya dapat memaklumkan mengenai gangguan ini kepada pelajar dan staf yang berada di kawasan yang terlibat.
Segala kesulitan yang timbul akibat daripada gangguan ini amatlah dikesali.
Sekian, Terima kasih.
Recent Comments