Mesej ini adalah untuk memberi peringatan kepada warga kampus untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu kerana terdapat banyak kes terlanggar tiang lampu jalan. Dua isu iaitu keselamatan dan harta benda. Pelaku yang melanggar adalah bertanggungjawab untuk menanggung kos pembaikan melalui tuntutan insurans.

Di sini pihak PHB juga ingin MENAFIKAN mesej yang tular dengan menyatakan bahawa lampu jalan dimatikan bagi penjimatan. PHB tidak akan mematikan lampu jalan. Untuk makluman lampu jalan adalah beroperasi selama 12 jam iaitu daripada 7.00 malam hingga 7.00 pagi. Jika terdapat kawasan yang tidak beroperasi ia berkemungkinan terputus bekalan. Oleh itu warga kampus boleh membuat aduan kepada pihak keselamatan (07-553004) untuk tindakan staf tunggu sedia.
Assalamualaikum. during the day of operasi membaik pulih lampu tersebut, saya menunggang motosikal dari arah kdse menghala ke pku. apa yang berlaku adalah jalan seperti dalam gambar sebelah kiri ditutup dengan kon manakala jalan sebelah kanan yang ada kereta Honda City (merupakan laluan dari kdse ke pku) tersebut tidak ditutup. ini menimbulkan kekeliruan dipihak saya pada mulanya tentang “kenapa kereta ni masuk bertentangan arah?sedangkan this is one way.why don’t they use the other side of the road?which is the right way.” saya berselisih dgn 3 kereta dan 1 motosikal. nasib saya baik sebab kereta yg pertama memberikan lampu. kalau tidak, mungkin sesuatu yang tidak diingini berlaku kerana saya melalui selekoh. dan cuba bayangkan jikalau yang melalui jalan tersebut adalah sebuah kereta lain dan dipandu dengan laju. what will happen?
i wanna highlight here about safety. if u wanna do anything untuk perabot jalan or whatever it is. kalau tutup 1 jalan, please give sign to the other way too. it just a common sense. please notice us first. bukan semua orang tau apa yang phb sedang lakukan. and yes, my mistake because i tak tengok any update yang ada sekitar utm, but can u at least put a signboard just to notify us? sometimes i don’t even online facebook and some of your work doesn’t appear in my mind at all. so please, after this be extra careful about this.
and yes about 12 jam bekalan elektrik lampu jalan tak ada pun is another issue for me sebab bila cuti sem mesti lampu sekejap ada sekejap tak ada. yang cuti sem itu undergrad dan master taught course, research students are still here in utm. masa raya aidilfitri hari tu, seminggu lampu jalan ni tak meyala begitu juga laluan kolej kediaman krp ke ktho. cuma lingkaran dalam je ada lampu during that one week after raya. what happen? please consider this. we research students are still here in utm.
thank you.
Terima kasih atas cadangan tuan, berkenaan masalah lampu jalan pihak kami sudah selesai membuat pembaikan pada 17 Disember 2017. Oleh itu, jika masih terdapat ketidak fungsian lampu jalan ia berkemungkinan oleh terputus bekalan, dan tuan atau warga kampus boleh membuat aduan di Hotline keselamatan 07-5530014.