Aktiviti tersebut telah dilaksanakan pada 7 Disember 2017 bertempat di Unit Perolehan dan Unit Pembangunan & Pengurusan Multimedia, PSZ.
Aktiviti tersebut dilaksanakan bersempena Aircond Service Day (ASD) dengan mengambil kira keadaan diffuser yang perlu diselenggara dengan keadaan yang segera. Kerja dilakukan secara inhouse oleh staf Unit Mekanikal.

Aktiviti seperti ini (ASD) perlu diteruskan bagi membolehkan staf Unit Mekanikal membuat penyenggaraan berkala dengan segala sumber yang tersedia. Unit Mekanikal akan terus memantau dan memastikan pindinginhawa dalam keadaan terbaik untuk kegunaan seharian.