01 Jan 2015: Pesanan kepada semua Sukarelawan Pasca Banjir UTM yang akan berkhidmat serta menaburkan bakti dan tenaganya untuk membantu mangsa-mangsa banjir di mana sahaja kawasan anda berada.
UTAMAKAN KESELAMATAN DIRI ANDA.
Laksanakan langkah-langkah keselamatan sebelum, semasa dan sesudah menjalankan apa jua aktiviti yang dijalankan.
1. Lakukan pemeriksaan yang menyeluruh di kawasan2 yang ditugaskan- untuk mengenalpasti hazard yang terdapat (mungkin hazard ada yang tersembunyi, ada yang nyata, ada yang “develop”).
2. Pakai alat perlindungan diri seperti topeng muka, sarung tangan, kasut yang bersarung (lebih baik jika ada kasut keselamatan/safety boot) dan sebagainya mengikut aktiviti kerja yang dijalankan.
3. Berhati-hati ketika berjalan/meniti di mana-mana permukaan, kemungkinan permukaan sangat licin disebabkan berlumpur/berlumut.
4. Pastikan semua struktur bangunan/rumah kukuh sebelum memasuki kawasannya.
5. Amalkan kebersihan diri seperti membasuh tangan dengan sabun setiap kali melakukan aktiviti pembersihan di rumah/bangunan untuk mengelakkan dari jangkitan.
Ini merupakan sebahagian daripada tip-tip keselamatan yang harus ANDA perhatikan.
SELAMAT BERKHIDMAT.