
Office of Occupational Safety, Health and Environment (OSHE)
Pejabat Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

PELAN TINDAKAN KECEMASAN (Emergency Response Plan [ERP])
Pelan Tindakan Kecemasan adalah perancangan secara sistematik yang perlu diambil tindakan oleh Pasukan Tindakan Kecemasan apabila berlaku kecemasan. Tujuan pelan tindakan kecemasan disediakan adalah untuk membantu pengurusan menyiapkan diri bagi menghadapi situasi kecemasan. Apabila berlaku kecemasan Insiden Komander Pasukan Tindakan Kecemasan boleh merujuk kepada pelan tindakan kecemasan untuk tindakan lanjut bagi menghadapi situasi kecemasan di tempat kerja.
GUIDELINE FIRE SAFETY MANAGEMENT AND FIRE EMERGENCY PLAN
[gview file=”https://dvcdev.utm.my/wp-content/uploads/sites/4/2021/01/P0820-A06-GFMP.pdf”]
PENUBUHAN PASUKAN TINDAKAN KECEMASAN (ERT)
DPENGENALAN
Kecemasan adalah suatu keadaan yang terjadi secara tiba-tiba dan membawa kesan yang buruk bukan sahaja kepada organisasi, malah kepada masyarakat sekitarnya. Kecemasan kerap kali terjadi semasa organisasi tidak bersedia sepenuhnya untuk menghadapinya sekaligus menjadikan keadaan semakin teruk. Kecemasan memerlukan tindakbalas segera kerana dalam waktu kecemasan, insiden yang kecil boleh bertukar menjadi sebuah krisis, jika tindakan yang betul tidak diambil untuk mengawalnya. Dengan perkataan lain, pengurusan tindakan kecemasan melibatkan proses persediaan awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan, mengurangkan atau menghadkan impak bertindakbalas terhadap keadaan atau peristiwa yang kemungkinannya terjadi, dan pemulihan selepas kejadian kecemasan. Keperluan menyediakan pengurusan tindakan kecemasan di tempat kerja adalah diwajibkan di bawah perundangan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Walaupun tidak disebut secara langsung di bawah Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), tetapi Bahagian IV, Seksyen 15 ada menerangkan sesuatu perkiraan untuk diwujudkan supaya tempat kerja dan orang-orangnya adalah selamat semasa bekerja atau berada di tempat kerja.
JUSTIFIKASI ERT
Pengurusan tindakan kecemasan bagi menghadapi sebarang kecemasan yang berkemungkinan berlaku di Universiti ini belum pernah dirangka serta diwujudkan. Maka, atas kesedaran kepentingan serta keperluannya selaras dengan kehendak perundangan KKP (Akta 514) maka pihak OSHE UTM telah menwujudkan satu Jawatankuasa Tindakan Kecemasan peringkat Universiti. Antara peranan jawatankuasa ini adalah untuk merangka dan membangunkan sistem pengurusan tindakan kecemasan bagi memudah dan melancarkan tindakan semasa situasi kecemasan berlaku. Disamping itu, jawatankuasa ini juga akan menyedia dan mengadakan program-program yang berkaitan, seperti latihan dan sebagainya. Jawatankuasa ini dianggotai oleh personel dari pelbagai bahagian dan unit mengikut kemudahan atau fasiliti yang dimiliki serta bidang fungsi pengurusan yang diuruskan. Antaranya, Bahagian Keselamatan, Pejabat Harta Bina, Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni, Bahagian Hal Ehwal Perundangan, Jabatan Bendahari dan sebagainya. Selain itu, individu-individu yang mempunyai kepakaran yang speksifik turut juga diberi peluang menganggotai jawatankuasa ini. Kesemua bahagian dan unit serta individu yang terlibat diletakkan di bawah satu pasukan yang dinamakan sebagai Pasukan Tindakan Kecemasan UTM. Ia diketuai oleh seorang Insiden Komander. Antara fungsi pasukan ini adalah untuk memudah dan melancarkan pengurusan tindakan kecemasan yang melibatkan tiga fasa kecemasan, iaitu
-
- Fasa Pertama: sebelum kecemasan berlaku – masa perancangan dan persediaan bagi menghadapi kecemasan.
- Fasa Kedua: semasa kecemasan berlaku – tindakbalas segera untuk mengawal kecemasan
- Fasa Ketiga: setelah kecemasan berlaku – kerja-kerja pemulihan dan pembersihan
OBJEKTIF
Matlamat Pelan Tindakan Kecemasan ini adalah untuk mengurangkan punca kecemasan.Selain itu juga mengawal atau menghadkan sebarang kemusnahan. Namun matlamat Pelan Tindakan Kecemasan yang paling utama ialah menyelamatkan nyawa.Oleh itu beberapa perkara perlu diberikan keutamaan, iaitu
-
- Keselamatan nyawa – sekiranya terdapat situasi yang melibatkan ramai mangsa dan banyak kecederaan, dan sumber menyelamat adalah terhad, keutamaan hendaklah diberikan kepada perkhidmatan pertolongan cemas
- Keselamatan penyelamat – penyelamat seharusnya tidak meletakkan diri di dalam keadaan yang berisiko
- Menjaga keselamatan – aset,harta benda dan reputasi Universiti
- Memastikan keselamatan orang awam dan alam sekitar
Kursus Pengurusan Tindakan Kecemasan UTM 2014
Lawatan Delegasi OSHE UTM dan Bahagian Keselamatan UTM ke Akademi Bomba Wilayah Timur 2022

GUIDELINES & REFERENCES
Guideline of Fire Safety Management and Fire Emergency Plan
EMERGENCY PREPAREDNESS AND RESPONSE ACTION
LATIH AMAL KECEMASAN NUKLEAR DAN RADIOLOGIKAL
CHEMICAL SPILLAGE (Chemical Management Unit [CMU] PPMU)
Buku Panduan Keselamatan Kebakaran UTM
Garis Panduan Alat Pemadam Api
CONTOH SENARIO LATIHAN KEBAKARAN
Senarai Produk Kawalan JBPM
EMERGENCY NUMBER
OFFICE ADDRESS
Office of Occupational Safety, Health and Environment (OSHE)
Pejabat Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru
Johor Darul Takzim
Location: Click HERE
OPERATION HOUR
- Sunday to Wednesday : 8.00 am - 5.00 pm
- Thursday : 8.00 am - 3.30 pm
- Friday and Saturday : Closed
CONTACT US
- Telephone : +6 07 5531886
- Email : oshe@utm.my
DISCLAIMER
OSHE UTM shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.
Copyright © 2023 • Office of Occupational Safety, Health and Environment (OSHE), UTM • All Rights Reserved