Keratan Akhbar hari ini (24 April 2014/Harian METRO)
Kemalangan di tempat kerja/semasa bekerja
Tangan kanan pengusaha dobi tersepit mesin pengering pakaian.
Satu kemalangan yang melibatkan kategori hazard mekanikal, iaitu bahagian yang bergerak pada jentera/mesin yang digunakan.
Secara amnya, setiap jentera yang digunakan dikelaskan kepada jenis-jenis hazard: memotong, mericih, menusuk & menembus, hentaman, membelit, melelas, meremuk, menarik ke dalam, melenting. Jenis-jenis hazard ini, boleh mengakibatkan risiko: tersepit, terbelit, terperangkap, terhempap, terhimpit, terkena bahan yang melenting & yang tertolak keluar. Jika kita tidak mengawalnya maka satu kemalangan berpotensi boleh berlaku.
Oleh itu, langkah kawalan risiko mestilah diwujudkan. Yang paling utama lakukan HIRARC – pengenalpastian hazard, penaksiran risiko dan laksanakan langkah kawalannya. .
Langkah Kawalan Risiko:
– buat pemagaran di bahagian yang bergerak
– bangunkan SOP
– pakai peralatan perlindungan diri