PELAN TINDAKAN KECEMASAN DI TEMPAT KERJA – Unit OSHE set-up, others organize & implement
Pelan Tindakan Kecemasan merupakan salah satu program yang dijalankan di bawah KKP. Ibaratkan tidak sempurna program KKP, jika ia tidak dilaksanakan. Ia amat penting dilaksanakan supaya kita dapat melakukan tindakan/repson yang sewajarnya apabila berlakunya kecemasan. Semasa situasi kecemasan, sebenarnya kita mempunyai masa yang amat terhad. Lazimnya, kita akan panik dan keadaan akan menjadi huruhara. Setiap saat atau minit yang berdetik menentukan kita antara hidup atau mati. Sekiranya, pelan tindakan kecemasan telah dibentuk maka ia dapat memudahkan kita untuk mengurus semasa situasi kecemasan lebih efektif dan efisien.
Banyak perkara-perkara yang disentuh di dalam pelan ini antaranya,
– prosedur melaporkan insiden – senarai nombor telepon
– kaedah pemberitahuan situasi kecemasan – loceng penggera dll
– prosedur pengungsian bangunan/tempat kerja
– pasukan tindakan kecemasan
– tempat berkumpul yang ditetapkan
– pintu keluar (exit door)
– tanda arah keluar
– pelan lantai tempat kerja
– latihan/drill
Cuba tengok contoh kejadian yang telah berlaku…sepertimana yang dilaporkan (keratan akhbar)..ramai yang terkorban. Ini adalah disebabkan pelan tindakan kecemasan mungkin diabaikan atau tidak diambil satu perkara yang penting untuk dilaksanakan di tempat kerja kita. Maka jadikanlah insiden-insiden ini sebagai pengajaran dan pembelajaran kepada kita….lesson learned….