Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh warga jabatan TNC(P) atas pencapaian bersejarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang kini secara rasminya mempunyai sumber air sendiri berterusan turun-temurun dari telaga akuifer UTM dimana ia telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (MMK) melalui Mesyuarat Bil. 2310/2025, Kertas Bilangan (2) bertarikh 10 September 2025.
Kelulusan ini menandakan komitmen berterusan UTM dalam memperkukuh pengurusan lestari sumber air kampus, seiring dengan aspirasi universiti dan Kerajaan Negeri Johor ke arah pembangunan mampan serta pengurusan sumber yang efisien.
Langkah bersejarah ini turut menjadi bukti kepada kerjasama strategik antara UTM dan Kerajaan Negeri Johor dalam memastikan kelangsungan sumber semula jadi untuk manfaat seluruh komuniti kampus dan generasi akan datang.