Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Naib Canselor UTM kerana telah dikurniakan pingat Panglima Jasa Negara(P.J.N) yang telah dikurniakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong semasa hari keputraan Yang Di-Pertuan Agong pada 7hb Jun 2014. Dengan pengurniaan pingat ini semoga PROF. DATUK IR. DR WAHID OMAR akan lebih cemerlang dalam memimpin UTM untuk menjadi universiti terbaik malaysia dan universiti terbaik dunia.