Fungsi-Fungsi Unit

Sebagai sebuah unit untuk memastikan tempat kerja yang selamat dan sihat daripada risiko yang berpunca daripada aktiviti kerja mahupun persekitarannya. Unit mempunyai fungsi-fungsi seperti berikut :

PERANCANGAN & PERLAKSANAAN

Membuat perancangan dan melaksanakan program serta aktiviti berkaitan ke arah satu tempat kerja yang selamat dan sihat untuk warga UTM dan orang-orang lain.

 

PENGAUDITAN & PEMERIKSAAN

Melaksanakan pengauditan & pemeriksaan tempat kerja, semua ruang bangunan dan kemudahan universiti.

 

SIASATAN KEMALANGAN

Membuat penyiasatan ke atas aduan, kemalangan nyaris, kemalangan dan penyakit pekerjaan dan keracunan pekerjaan.

 

PELESTARIAN & PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Mengurus sisa bahan kimia terjadual untuk tujuan pelupusan mengikut perundangan yang berkaitan.  Memantau kualiti air dan tasik dalam kampus UTM.

 

PENYELARASAN

Menjadi sekretariat dan unit penyelaras kepada Jawatankuasa Induk OSHE dan program serta aktiviti berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dijalan di Universiti.

 

PEMANTAUAN DAN PEMONITORAN

Melaksana pemantauan dan pemonitoran terhadap bahaya kesihatan di tempat kerja berpunca daripada aktiviti kerja yang dijalankan

 

PENYEBARAN & LATIHAN DAN PROMOSI

Mengada dan menganjurkan program latihan, promosi dan galakan, ceramah dan kempen wang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

UTM Open Day