Terjatuh dari pokok kelapa

Keratan Akhbar hari ini (12 April 2014/Berita HARIAN)

Terjatuh dari pokok kelapa. Jika kita bukan orang yang mahir atau tidak berpengetahuan untuk menjalan kerja-kerja berkenaan, jangan dilaksanakan. Menurutnya berita ini, arwah tidak biasa memanjat pokok kepala tetapi disebabkan tidak sanggup menolak permintaan itu, dilakukannya juga.

Jangan ambil risiko…!!!

Dibaham pengisar rumput

Keratan Akhbar hari ini (12 April 2014/Harian METRO)

Kemalangan semasa bekerja

Disebabkan hazard mekanikal. Putus jari telunjuk dan tengah terkena mesin pengisar rumput. Menurutnya, sebaik selesai mengisar, dia merendahkan gear mesin untuk mematikan enjinnya.
Pastikan pengisar benar-benar telah berhenti berpusing, barulah kerja-kerja mengambil rumput di bawah mesin pengisar bagi dimasukkan ke dalam guni dibuat.

Maka, perlu membangunkan SOP supaya kejadian ini dapat dielakkan.

Mesin padi baham kaki

Keratan Akhbar hari ini (12 April 2014/Harian METRO)

Kemalangan semasa bekerja – sektor pertanian

Disebabkan hazard mekanikal (bahagian jentera yang berpusing) – tergelincir lalu tersepit pada mesin penuai padi. Pastikan mana-mana bahagian jentera yang berpusing/bergerak ditutup atau dibuat machine guarding.

Maut terkena sabit

Keratan Akhbar hari ini (12 April 2014/Berita HARIAN)

Kemalangan semasa bekerja/di tempat kerja – sektor perladangan

Kemalangan semasa menunggang motorsikal dengan memikul galah sabit. Keadaan jalan yang tidak rata menyebabkan sabit terlepas dan terkena leher mangsa.

Kemalangan dilombong

Keratan Akhbar hari ini (12 April 2014/KOSMO)

Kemalangan semasa bekerja/di tempat kerja – sektor perlombongan

Kemalangan semasa membuat kerja-kerja penambakan di bahagian tebing lombong.

UTM Open Day