Pemantauan Semasa

 

 

09 Jul 2014: …siapa dan mengapa…. Dimana silapnya..@ Bangunan UIRL??

 

09 Jul 2014: Unit OSHE memantau kerja-kerja pemasangan/pembinaan kerangka awning di Bangunan UIRL.

09 Jul 2014: Unit OSHE memantau kerja-kerja pembinaan/pengubahsuaian (rutin) bangunan Pak Lah Cafe

 

08 Jul 2014: “If PPE is not working or fitted properly, then the person wearing it is exposed to the risk as this is the only (or last) protection the wearer has against the particular hazard”

 

08 Jul 2014: Unit OSHE memantau (rutin) bagi kerja-kerja pengubahsuaian Bangunan/Blok L51. Didapati beberapa pekerja tidak memakai topi keledar/safety helmet, telah menegur supaya memakainya.

Dibawah Peraturan-Peraturan Kilang Dan Jentera (Kendalian Bangunan Dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan):

Peraturan 24: Semua orang yang menjalankan apa-apa jenis kerja atau perkhidmatan di dalam kawasan kerja hendaklah memakai topi keledar.

 

08 Jul 2014: Unit OSHE memantau kerja-kerja membuat garisan jalan (road marking) untuk beberapa bahagian disepanjang jalan dari PKU hingga KDSE

 

08 Jul 2014: Unit OSHE memantau pelajar membuat kerja-kerja pemasangan peralatan untuk kerja kursus/penyelidikan di tempat parkir kenderaan di Kolej KDOJ.

07 Jul 2014: Unit OSHE menerima aduan dari Fakulti Sains, seekor ular telah memasuki bilik staf di tingkat 3, bilik bernombor 309.01, Blok C21 pada sebelah petang semalam. Penghuni bilik sempat merakamkan gambar ular tersebut. Unit OSHE telah ke lokasi dan dimaklumkan setelah dibuat penggeledahan pagi ini, tiada tanda-tanda haiwan berkenaan berada di bilik tersebut.

 

07 Jul 2014: Unit OSHE memeriksa kawasan kerja, peralatan yang digunakan, SOP dan sebagainya bagi penyelidikan yang menggunakan R290 (propane) di dalam Air Handling Unit untuk sistem penghawa dingin mudahalih di Blok 3-2 UTM MTDC (E-Eliments Technology Sdn Bhd) oleh seorang pelajar pasca-ijazah FKM. Pemeriksaan ini dilakukan atas permintaan pelajar tersebut untuk melihat dan memberi cadangan penambahbaikan aspek keselamatan secara keseluruhannya.

 

07 Jul 2014: Unit OSHE memantau tapak karnival “Karnival Hari Raya” di Dataran Agora, (06 hingga 10 Jul 2014). Telah memohon beberapa penggerai yang terlibat untuk menambahbaik kedudukan dan keselamatan kabel/wayar elektrik yang berada di laluan pengunjung.

 

07 Jul 2014: Unit OSHE dapati ada beberapa kenderaan telah memintas laluan ke dalam kawasan kerja-kerja membaikpulih tebing tanah yang runtuh di laluan kedua UTM (seperti yang bertanda). Unit OSHE dapati tanda amaran, barricade yang ada di kawasan tersebut tidak diurus dengan sebaiknya.

 

07 Jul 2014: Unit OSHE memantau perkembangan aktiviti yang dijalankan oleh pihak kontraktor bagi kerja-kerja ubahsuai Pak Lah Cafe di Scholar’s Inn. Unit OSHE didapati struktur bangunan telah dirobohkan.

 

02 Jul 2014: Unit OSHE memantau kerja-kerja penyenggaraan air kolam di Kolam Renang UTM – aktiviti penyenggaraan yang dijalankan pada hari ini (jam 5.30 petang) untuk menjaga kualiti airnya dari aspek kejernihannya. Aktiviti ini dijalankan dua (2) minggu sekali dengan menggunakan bahan kimia iaitu aluminium sulfat/alum/tawas. Bahan kimia ini dikenali sebagai flocculator yang berfungsi untuk menggumpalkan kotoran-kotoran pada proses penjernihan air. Sebanyak 25kg bahan kimia ini digunakan untuk satu kolam bagi setiap aktiviti penyenggaraan yang dijalankan – dibancuh terlebih dahulu di dalam sebuah bekas sebelum dicurahkan ke dalam kolam.

Bahan kimia ini bersifat merengsa dan mempunyai risiko kecederaan yang serius kepada mata, sementara kecederaan sederhana kepada kulit jika terdedah (tersentuh).

Pemerhatian Unit OSHE dari aspek keselamatan dan kesihatan staf, semasa aktiviti dijalankan mendapati bahawa:

1. Staf tidak dibekalkan peralatan perlindungan diri (PPE) yang secukupnya – dari aspek pendedahan kepada mata dan kulit (bahagian kaki).
2. Peralatan perlindungan penafasan yang dipakai tidak sesuai/tidak diikhtiraf untuk aktiviti yang dijalankan.

Unit Sukan perlu mengambil tindakan penambahbaikan untuk memastikan prosedur/sistem kerja selamat dan sihat dapat dilaksanakan.

 

02 Jul 2014: “Unsafe practices in the lab” @ Advanced Materials & Process Engineering Lab, Blok N12, Fakulti Kejuruteraan Kimia.

 

01 Jul 2014: Isu ini telah dikemukakan pada 10 Jun 2014 tetapi masih belum diambil tindakan.

 

01 Jul 2014: Begini caranya untuk “Hazard Communication” lebih berkesan @ Bangunan E07, FKM

 

01 Jul 2014: Telahpun dimaklumkan tetapi masih mempamerkan POLISI KKP UTM yang lama @ Pejabat Dekan, Fak Pengurusan.

 

28 Jun 2014: Satu insiden kebakaran telah berlaku di bilik pelajar di Tingkat 7, Blok C, Kolej Siswa Jaya UTMKL. Difahamkan ia berlaku pada sebelah petang. (Jam…?). Punca kebakaran masih dalam siasatan.

28 Jun 2014: Unit OSHE memantau kerja-kerja pembersihan cermin bangunan serta bumbung perspek di foyer bangunan Blok P19a, Fak Kejuruteraan Elektrik oleh kontraktor pembersihan. Unit OSHE dapati pihak kontratktor tidak mengamalkan prosedur kerja selamat semasa bekerja di tempat tinggi – tidak memakai safety harness ketika bekerja di bahagian tepi bangunan dan ketika berada di dalam “bucket” skylift crane. Unit OSHE telah menegur dan memberi menasihat kepada penyelia yang bertugas supaya perkara ini diambil perhatian, Peralatan pelindung diri hendaklah disedia serta dibekalkan kepada pekerja-pekerja tersebut dan amalkan prosedur kerja selamat. Siapa pihak yang bertanggungjawab yang menyelia kerja-kerja ini..?

 

26 Jun 2014: Unit OSHE memantau kerja-kerja baikpulih dan penyenggaaran pintu pagar/gate Jalan Ladang – penggantian rel pintu. Unit OSHE dapati aktiviti yang dijalankan tidak dirancang dengan teliti – ramai pengguna jalanraya tersekat/kecewa kerana laluan keluar masuk ditutup setelah menghampiri pintu laluan. Permerhatian Unit OSHE dapati tiada sebarang notis pemberitahuan untuk menyatakan laluan ditutup yang diletakkan di persimpangan Jalan Kempas 1/ Jalan Ladang dan persimpangan Jalan Ladang/Jalan Stadium.

 

25 Jun 2014: Unit OSHE kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian penebat/insulator untuk paip “chill-water” bagi sistem penghawa dingin di Aras 2, Blok C18. Merakamkan tindakan dan keadaan tidak selamat pekerja kontraktor semasa aktiviti dijalankan. Unit OSHE telah menegur pekerja tersebut.

 

26 Jun 2014: Bukan macam ini rupa papan tanda tuu…@ Masjid Sultan Ismail!!!.Yang betulnya adalah berlatarbelakang warna kuning dan tulisannya berwarna hitam. (Safety Color Code – Hazard Communication).
AWAS/Caution – Kuning. Bahaya/Danger – Merah.

 

25 Jun 2014: Unit OSHE memantau kerja-kerja pemasangan rabung/gutter dan pembinaan salur di Blok XC1, Kolej Dato Onn Jaafar.

 

25 Jun 2014: Unit OSHE memantau kerja-kerja memecah dinding konkrit bagi mengubahsuai dan menaiktaraf Pejabat Am dan Pintu Masuk Utama Kolej Tun Fatimah.

 

25 Jun 2014: Unit OSHE memantau kerja-kerja baikpulih paip air pecah di persimpangan Jalan Setia dan Jalan Amal berdekatan dengan Bengkel FKM, Blok E02.

 

25 Jun 2014: Unit OSHE memantau kerja-kerja penurapan jalan sepanjang jalan simpang PKU ke Kolej 17 (KDOJ). Penutupan jalan akan berlaku seperti berikut:
i. 25 Jun – 27 Jun 2014 – Dari simpang PKU ke Kolej 12 (KDSE)
ii. 28 Jun – 01 Jul 2014 – Dari simpang Kolej 12 (KDSE) ke Kolej 17 (KDOJ)
(Sumber dari: Unit Awam, Bahagian Penyenggaraan, Ubahsuai & Pengurusan Perabot, Pejabat Harta Bina).

 

24hb jun 2014….satu kejadian staf kontraktor pembersihan telah terperangkap selama hampir 30 minit di dalam lif yg terletak di bangunan p03 bersebelahan unit IT FKE…nasib baik beliau ada hphone semasa kejadian tersebut….dan beliau call supervisor beliau untuk memberitahu kejadian tersebut….

 

24 Jun 2014: Susulan daridapa insiden kebocoran di kebuk wasap di Makmal CLEAR, Aras 2, Blok C08 pada 22 Jun 2014 tempoh hari, Unit OSHE telah ke lokasi untuk membuat pemeriksaan dan didapati terdapat kebocoran pada fitting salur paip di belakang kebuk wasap tersebut. Pihak pengurusan CLEAR (PM Dr. Azizi) telahpun membuat aduan melalui ECS tetapi masih belum diambil tindakan.

Persoalannya..?…ada aktiviti pembuangan sisa ke dalam sinki. Saluran paip ini bersambung dengan kebuk wasap di Makmal Biokimia, IPASA, kebuk wasap & sinki di salah sebuah bilik Makmal CLEAR.

 

24 Jun 2014: Kualiti permukaan air sungai di kawasan Blok P19a berminyak oleh kerana bypass dari grease trap masih beroperasi.

 

 

24 Jun 2014: Unit OSHE bersama dengan Pejabat Harta Bina (En Mohd Suhairi) membuat pemeriksaan terhadap kawasan projek yang dianggap telah sakit (Bangunan Baru FPREE) mengenai takungan air yang berpotensi bagi pembiakan nyamuk/nyamuk Aedes. Pihak kami telah menemui beberapa takungan yang mempunyai jentik-jentik, seterusnya memusnahkannya.

 

24 Jun 2014: Unit OSHE mengesan kenderaan diletakkan di hadapan Bangunan Blok B12, FAB. U/P: Bahagian Keselamatan Utm Johor

 

24 Jun 2014: Unit OSHE memantau perkembangan aktiviti yang dijalankan di Blok L51 bagi tujuan menaiktaraf bangunan ini kepada Pejabat Unit Pembangunan Kerjaya (CDU).

 

24 Jun 2014: Unit OSHE memantau kerja-kerja pemunggahan keluar perabot-perabot dari bilik pelajar di Blok S37, S38, S39 dan S40, Kolej Tuanku Canselor oleh syarikat kontraktor.

 

24 Jun 2014: Unit OSHE memantau kerja-kerja ubahsuai dan menaiktaraf Pejabat Am dan pintu masuk utama Kolej Tun Fatimah. Kerja-kerja masih dalam peringkat awalan, hari ini baru mula..

 

24 Jun 2014: Unit OSHE memantau kerja-kerja pembersihan bumbung bangunan Pusat Pembangunan Mahasiswa, Kolej Tun Fatimah. Unit OSHE telah menegur mengenai penggunaan tangga (extension ladder) yang tidak dibuka panjang melepasi pelantar kerja (sekurang-kurang 1 meter daripada pelantar kerja bagi memudahkan untuk dipegang apabila turun dari tangga ke pelantar kerja).

 

24 Jun 2014: Unit OSHE bersama dengan Juru Perunding – OMK Jurutera Perunding Sdn Bhd di Makmal Komposit, Fak Kejuruteraan Mekanikal untuk meninjau/melihat struktur bumbung/bangunan makmal tersebut bagi membuat penilaian mengenai status makmal tersebut.

 

23 Jun 2014: Aduan diterima melalui email daripada staf di Makmal Clear, Aras 2, Blok C08 mengenai insiden kebocoran paip di kebuk wasap pada 22 Jun 2014 menyebabkan bahan kimia melimpah keluar ke lantai makmal. Insiden ini berlaku oleh kerana kebuk wasap tersebut tidak diselenggara. Ini adalah disebabkan pihak CLEAR mempunyai kekangan peruntukan untuk membuat kerja-kerja penyenggaraan tetapi penggunaan kebuk wasap amat perlu digunakan. Oleh kerana, maklumat ini baru sahaja diterima, Unit OSHE akan ke lokasi untuk membuat pemeriksaan selanjutnya berkaitan dengan insiden tersebut.

 

23 Jun 2014: Kejadian ribut telah menebalikkan khemah ini di Kafeteria KTHO, Blok L01, KTHO.

 

23 Jun 2014: Unit OSHE memantau kerja-kerja pembinaan sinki dan salurannya untuk salah sebuah makmal di aras bawah – Blok P02, Fak Kejuruteraan Elektrik.

 

22 Jun 2014: “Unit OSHE takes no rest” begitulah tanggungjawapnya demi menjaga aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan bagi semua warga UTM dan orang-orang lain.

Pada jam 6.30 petang bertempat di Renang UTM, Unit OSHE telah melaksanakan satu tugasan iaitu, Analisis Hazard Pekerjaan (Job Hazard Analysis) bagi menilai tahap pendedahan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan terhadap beberapa staf di situ. Tujuan tugasan ini selaras dengan pematuhan peraturan kepada Penggunaan Dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan 2000 (USECHH 2000).

Unit OSHE berminat dalam aktiviti penyenggaraan air kolam renang oleh kerana ia melibatkan bahan kimia berbahaya. Penyenggaraan air kolam renang ini dilakukan pada sebelah petang, lazimnya pada 6.30 petang setelah aktiviti penggunaan kolam renang ditamatkan. Penyenggaraan air kolam renang melibatkan penjagaan kualiti airnya, termasuklah air tidak berbau, berwarna, berkulat, berkuman untuk mengelakkan jangkitan melalui air dan sebagainya.

Terdapat beberapa bahan kimia berbahaya digunakan dalam aktiviti ini, dan seterusnya jika amalan atau prosedur kerja selamat tidak dipatuhi atau diamalkan ia boleh memudaratkan kepada kesihatan pengendali/staf berkenaan. Antara bahan kimia berbahaya yang digunakan dalam aktiviti penyenggaraan air kolam renang:

i. Calcium hypochlorite (70% chlorine) – granular
ii. Calcium hypochorite (90% chlorine – pellet
iii. Aluminium sulfate – powder

Kesemua bahan kimia berbahaya ini bersifat mengkakis (corrosive)

Aktiviti penyenggaraan dijalankan satu minggu sekali (untuk bahan i & ii) dan dua minggu sekali (untuk bahan iii).

Beberapa dapatan telah diperolehi, Unit OSHE amat memandang serius terhadap amalan kerja selamat semasa mengendalikan bahan kimia berbahaya oleh staf berkenaan semasa menjalankan aktiviti penyenggaraan tersebut. Didapati staf berpotensi terdedah dengan bahan kimia berbahaya tersebut. Unit OSHE memohon agar Unit Sukan dapat membuat tindakan pembaikan dengan sewajarnya demi keselamatan dan kesihatan pengendali tersebut. Antaranya:

1. Peralatan Perlindungan Diri yang digunakan dan dibekalkan tidak sesuai dengan aktiviti yang dijalankan.
a. Alat pelindung penafasan jenis yang murah dan tidak berkualiti serta tidak “certified” oleh JKKP (DOSH) atau mana-mana badan Safety Board
b. Alat pelindung penafasan yang digunakan adalah untuk menapis pelarut (untuk aktiviti mengecat) bukannya menapis gas chlorine yang dijana semasa proses bancuhan atau pengendalian.
c. Pelindung mata (goggle) mempunyai rongga-rongga atau dinamakan “vented goggle”. Percikan air bancuhan serta habuk bahan kimia boleh memasuki bahagian mata melalui rongga yang terdapat di goggle tadi. Sepatutnya ia mestilah tiada berongga atau “non-vented goggle”.
d. Tiada dibekalkan kasut pelindung mencegah daripada terkena bahagian kaki semasa proses membancuh dan menyiramnya ke dalam kolam renang.

2. Pengendali tidak diberikan latihan secara menggunakan alat pelindung diri dan latihan pengendali bahan kimia berbahaya tersebut.

3. Tiada Helaian Data Keselamatan mengenai bahan kimia berbahaya didapati di tempat kerja.

Disamping itu, banyak lagi perkara di dalam Peraturan berkenaan (USECHH 2000) tidak dipatuhi: Antaranya:

1. Daftar Bahan Kimia Berbahaya
2. Penaksiran Risiko Kepada Kesihatan
3. Maklumat, Arahan dan Latihan
4. Tanda Amaran
5. Penyimpanan Rekod

 

22 Jun 2014: Lagi insiden kenderaan tersilap jalan – memasuki “No Entry”. Mungkin papan tanda tidak cukup besar sehingga tidak nampak
/tahu jalan berkenaan adalah jalan sehala. Rakaman pada pukul 6.50 ptg

 

22 Jun 2014: Aktiviti kerja yang dijalankan oleh pihak kontraktor ini – pengukuran penghadang yang akan dipasang di bahagian berkenaan supaya dapat menghadang air hujan masuk ke kawasan foyer bangunan – Bangunan UIRL. Unit OSHE mendapati pekerja-pekerja ini tidak ikut prosedur yang selamat semasa menjalankan aktiviti tersebut – bekerja tempat tinggi tanpa mengadakan sebarang langkah kawalan risiko daripada jatuh ke bawah. Siapakah yang bertanggungjawab menjaga dan menyelia pihak kontraktor ini – sudahkah mereka diberikan “safety briefing” – menerangkan perkara-perkara yang sepatutnya dilaksanakan dan dipatuhi dari aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

 

22 Jun 2014: Unit OSHE memantau kerja-kerja pembinaan tembok di Tapak Menara Pencawang CELCOM di Dataran Ilmu, Bangunan Kluster.

 

22 jun 2014: Unit OSHE membuat pemeriksaan mengenai pemasangan perancah di Bangunan UIRL untuk kerja-kerja menutup ruang lapang di foyer bangunan tersebut. Unit OSHE memohon En Mohd Suhairi untuk membuat pemeriksaan lanjutan bagi pengesahan pemasangannya..

 

22 Jun 2014: Unit OSHE bersama dengan Pejabat Harta Bina telah membuat lawatan pemeriksaan di lokasi yang terdapatnya satu salur yang membuangkan air terus ke sungai. Tindakan akan diambil oleh PHB untuk memperbetulkan keadaan.

 

 

22 Jun 2014: Unit OSHE mengesan bahagian kekemasan bangunan di Blok T02, FBME yang hampir tercabut/tertanggal. Unit OSHE telah memasang hazard tape di sekitar kawasan tersebut bagi menghalang pengguna berada di bawahnya. Unit OSHE pohon pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan sewajarnya

 

19 Jun 2014: Lokasi: Dihadapan Diving Range UTM di Desa Bakti 1. Kejadian pada Hari Jumaat 3.30p.m, pihak polis trafik mengadakan sekatan jalanraya tanpa memasang kun dan tanda sekatan jalanraya. Isu kenderaan lori, kereta dan motor orang awam yang mempunyai kesalahan memakirkan kenderaan mereka dikawasan quarters.

20 Jun 2014: Unit OSHE memantau kerja-kerja penebangan pokok-pokok yang mendatangkan risiko akan tumbang di persekitaran PKU. Terima kasih En. Mohd Suhaizan Shamsuddin.

20 Jun 2014: Unit OSHE memantau kerja-kerja penebangan pokok-pokok yang mendatangkan risiko akan tumbang di persekitaran PKU. Terima kasih En. Mohd Suhaizan Shamsuddin.

 

19 Jun 2014: Kertas siasatan mengenai kematian ikan di sungai dan di kolam kumbahan mungkin dibuka kembali memandangkan pihak Unit OSHE telah menemui penemuan baru yang boleh dikaitkan kepada insiden tersebut. Berkemungkinan penyumbang kepada kematian ikan tersebut. Terima kasih kepada pemberi maklumat, kita akan berusaha untuk mencari penyebabnya supaya insiden tidak berulang

 

19 Jun 2014: Kemalangan trafik berdekatan dengan simpang ke Fakulti Komputeran. Ia melibatkan staf yang melanggar pokok.

 

19 Jun 2014: Unit OSHE memantau kerja-kerja penyenggaraan pili bomba yang terdapat di kawasan UTM oleh syarikat kontraktor Bersia Engineering Services (M) Sdn Bhd. Difahamkan terdapat lebih kurang 328 unit pili bomba (13 zon) yang perlu diselenggara oleh syarikat. Penyenggaraan termasuklah – membersihkan pit, mengecat pili bomba, memastikan valve tidak tertimbus dan sebagainya.

 

19 Jun 2014: Unit OSHE memohon supaya kontraktor perkhidmatan yang menebang pokok ini dapat disegerakan tindakannya.

ada aduan yang diterima oleh Unit OSHE mengenai terdapat kulat dipermukaan dinding bangunan, Unit OSHE telah ke lokasi (Blok T02 – Makmal Tisu Haiwan, Aras 3 dan Blok V01 – Aras Basement, FBME) untuk meninjau.

 

19 Jun 2014: Masalah lampu yang sentiasa terpasang di Bangunan M04 untuk PE13 telah diutarakan pada 09 Jun 2014, tetapi masih tidak diperbetulkan. Mungkin memang begitu SOPnya mesti sentiasa dipasang walaupun di siang hari.

19 Jun 2014: Banyak lampu yang terpasang di bahagian luar Bangunan V01, FMBE. Tidakkah ada satu keadah lampu-lampu ini ditutup pada waktu siang kecuali di bahagian laluan dalam sahaja yang dipasang. Elakkan membazir elektrik.

 

19 Jun 2014: Terima kasih Bahagian Keselamatan Utm Johor telah meletakkan kun sebagai langkah kawalan sementara bagi menghalang kenderaan diletakkan di kawasan ini

 

18 Jun 2014: Unit OSHE bersama dengan Jabatan Perhilitan Johor Bahru memindahkan perangkap monyet yang dipasang di Kolej Perdana ke lokasi yang baru – kawasan berdekatan Institut Pembangunan Bioproduk (IBD). Terima kasih Jabatan Perhilitan Johor Bahru (En. Salman Saaban) atas kerjasama yang diberikan.

 

18 Jun 2014: Pembaziran tenaga elektrik di Blok S19.

18 Jun 2014: Pembaziran tenaga elektrik di Kolej 9 & 10.

 

 

 

17 Jun 2014: Ada yang terlupa hendak mematikan suis kipas setelah digunakan. Pusat Ekuin UTM perlu mencari kaedah supaya pengguna-pengguna dapat sentiasa berwaspada supaya mematikan suis sebelum meninggalkan tempat ini. Pembaziran…..!!!!

 

17 Jun 2014 Selasa: Terdapat beberapa kerosakan ditiang lampu jalan, gara agara “Wildlife” di jalan utama Fakulti Kejuruteraan Kimia ..Mohon diambil Tindakan segera bimbang bertambah sulit nanti

 

17 Jun 2014: Walaupun papan tanda “No Parking” telah dipamerkan, tetapi masih ada juga staf/pelajar yang meletakkan kenderaan disini. Diharap pihak pengurusan Bangunan UIRL dapat membuat sesuatu, oleh kerana terdapat kerja-kerja penyenggaraan bangunan akan dilaksanakan di kawasan tersebut.

 

17 Jun 2014: Unit OSHE memantau pihak kontraktor memasang perancah untuk kerja-kerja menutup ruang lapang di foyer Bangunan UIRL supaya tidak tempias ketika hujan.

 

17 Jun 2014: Unit OSHE merakamkan aktiviti pemindahan pokok hujan-hujan yang ditanam di jalan (Laluan Kedua UTM) sebelum ini ke penempatan baru (kawasan Dataran Ilmu (Bangunan Kluster)). Best practices…?

 

16 Jun 2014: Unit OSHE memantau perkembangan kerja-kerja baikpulih runtuhan cerun/tebing jalan di laluan kedua (Bangunan Kluster).

 

16 Jun 2014: Unit OSHE memantau kerja-kerja ubahsuai Pusat Pembangunan Kerjaya UTM (CDU) di Blok L51.

 

16 Jun 2014: Unit OSHE memantau kerja-kerja pembaikan membaikpulih kemasan lantai jubin yang rosak di Blok B12, Fakulti Alam Bina

 

16 Jun 2014: Papan tanda “BERHENTI”, berkemungkinan telah dilanggar oleh kenderaan @ Pusat Kesihatan Universiti.

 

16 Jun 2014: Unit OSHE mengesan berkemungkinan ada paip air yang pecah di Blok U3C, Kolej Perdana.

 

16 Jun 2014: Apa sudah jadi dengan papan tanda “AWAS” ini, harap pihak yang bertanggungjawab, sila pasti ia diletakkan dengan kukuh dan tidak mudah jatuh/tumbang dan sebagainya.

 

16 Jun 2014: Unit OSHE melawat tapak “Mini Career Fair” di Dataran Fakulti Sains, Blok C17. Anjuran Fakulti Sains – 16 Jun – 18 Jun 2014.

 

15 Jun 2014: Pengurusan Bahan Kimia Berbahaya oleh UTMost. Unit OSHE memohon supaya pengurusan bahan kimia berbahaya yang dijalankan oleh UTMost dapat diperkemaskinikan. Memang usaha ini boleh menjimat kos perbelanjaan. Difahamkan bahan kimia berbahaya dibeli secara pukal (by bulk – 200L), seterusnya akan dipindahkan ke bekas berkapasiti 2.5L liter.

Unit OSHE telah membuat lawatan tempat aktiviti pemindahannya dan lain-lain yang berkaitan, didapati:

1. Tempat simpanan (stor) tidak ikut prosedur selamat – tidak diasingkan (terdapat drum yang mengandungi bahan pelarut (Chloroform, Hexane, Acetone & Methanol) dengan asid (Hydrochloric acid). Tiada persediaan disediakan apabila berlaku insiden – tumpahan, pendedahan dan sebagainya.
2. Pengendali aktiviti pemindahan tidak pernah diberikan latihan (staf hanya berjawatan PAP) mengenai berpotensi risiko semasa aktiviti dijalankan. Atau setidak-tidaknya ada yang menyelia ketika beliau menjalankan aktiviti tersebut.
3. Proses pengangkutan dari Bangunan UIRL, yang telah siap dipindahkan ke makmal-makmal tidak jelas.
4. Label tidak ikut Peraturan CLASS 2013 (Akta OSHA 1994). – Hazard Symbol: hendaklah menggunakan GHS Symbol.
5. Peraturan USECHH 2000 – Chemical Register, inventori dan sebagainya
6. Mungkin perkataan “Producer” tidak sesuai digunakan, sepatutnya “Dibungkus oleh”.

 

15 Jun 2014: Unit OSHE memantau kerja baikpulih padang berdekatan dengan Sekolah Agama UTM.

 

15 Jun 2014: Unit OSHE memantau kerja membina dan menyiapkan stor di Blok P21, Makmal Automotif, FKM.

 

15 Jun 2014: Unit OSHE memantau kerja-kerja penyenggaraan dan baikpulih paip air pecah di jalan berdekatan dengan Blok B08. Harap maklum, jalan untuk ke FGHT & FAB ditutup untuk sementara waktu sehingga kerja-kerja selesai dilaksanakan.

 

14 Jun 2014 09:30pg
Ribut menumbangkan Pokok
Lokasi :Klinik Mahasiswa UTM

 

10 Jun 2014: Unit OSHE mendapati kualiti air sungai berhampiran Blok 19a, FKE tidak memuaskan. Setelah dibuat pemeriksaan didapati ada individu di kafeteria Blok 19 telah “by-pass (O&G Trap)” sistem sisa kumbahan dapur terus ke sungai berhampiran.

 

10 Jun 2014: Unit OSHE memantau kerja-kerja penyenggaraan dan baikpulih bangunan di Sekolah Agama UTM. Antara bahan binaan yang digunakan adalah kepingan atap yang mengandungi asbestos (Asbestos Containing Materials (ACM)) yang boleh memudaratkan kesihatan jika terdedah (melalui penghiduan) kepada habuknya ketika memotong. Unit OSHE telah menasihati supaya mengadakan kawalan risiko secukupnya dengan memakai alat pelindung diri (peralatan perlindungan pernafasan).

Asbestos Containing Materials (ACM)…atap jenis ini mengandungi asbestos. Apabila dipotong ia menjadi habuk serat (fibre), elakkan daripada terhidu serat oleh kerana boleh berpotensi menyebabkan kanser paru-paru (asbestosis)

 

 

08 Jun 2014: Unit OSHE memantau Temasya Kejohanan Sukan BOMBA Malaysia (SUKBOM 2014), acara kejohanan sukan berlangsung di Kompleks Sukan, Stadium UTM dan Kolam Renang UTM. SUKBOM 2014 bermula pada

07 Jun – 10 Jun 2014.

 

09 Jun 2014: Unit OSHE memantau kerja-kerja pembinaan sebuah kaunter di Aras Bawah, Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah. Aktiviti penyembur cat sedang dilaksanakan. Semua pintu didapati telah dibuka bagi mendapat pengalihudaraan serta pemakaian peralatan perlindungan diri (alat perlindung penafasan) dipakai (didapati kurang sesuai bagi kerja-kerja yang dijalankan).

 

09 Jun 2014: Unit OSHE memantau kerja-kerja baikpulih sebuah wakaf di kawasan persekitaran Sekolah Agama UTM.

 

09 Jun 2014: Unit OSHE memantau perkembangan kerja-kerja baikpulih tebing jalan yang runtuh.

 

08 Jun 2014: Unit OSHE memantau kerja-kerja pemindahan pokok hujan-hujan (6 batang) ke kawasan Bangunan Kluster

 

02 Jun 2014: Unit OSHE memantau kerja-kerja menaikkan menara pemancar CELCOM (30m) di Dataran Ilmu, Bangunan Kluster.

02 Jun 2014: Unit OSHE sedang mencari punca pencemaran sungai menyebabkan ikan banyak mati. Beberapa saksi telah ditemui dan dipanggil untuk membantu. Antaranya, seorang pelajar (baju merah) mendakwa ternampak cecair warna putih keluar dari longkang semasa beliau sedang memancing pada hari Sabtu (lebih kurang jam 5 ptg) dan baunya – “characteristic”. Ada juga staf nampak terdapat sedikit sungai berwarna putih sejak hari selasa, minggu lepas. Terlalu banyak persoalan, andaian, kebarangkalian…Apa-apapun , tunggu sahaja hasil analisis air yang sedang dikaji….Bolehkah ia merungkai semua persoalan, andaian dan kebarangkalian.

02 Jun 2014: Unit OSHE menjalankan aktiviti pemonitoran kualiti air di kolam OP, (pagi, tengahari, petang dan malam)

02 Jun 2014: Unit OSHE memantau kerja-kerja pembersihan kolam OP oleh pihak kontraktor – mengumpul ikan-ikan yang mati dan menanamnya

01 Jun 2014: Unit OSHE mengesan banyak ikan mati di Oxidation Pond (OP) berdekatan dengan tempat letak bas putih. (Jalan Ladang). Punca masih dalam siasatan. Sampel air telah diambil untuk tujuan analisis.

 

02 Jun 2014: Unit OSHE memantau kerja-kerja pembersihan sungai di sungai berdekatan Padang Bola – pihak kontraktor mengumpul dan menanamnya.

 

01 Jun 2014: Unit OSHE memantau kerja-kerja pembersihan sungai oleh pekerja-pekerja kontraktor, mengumpul ikan-ikan yang mati disepanjang Blok 19a sehingga Padang UTM.

 

01 Jun 2014: Pintu Rintangan Api (Fire Door) @ Blok 19a (Aras Bawah), FKE.

 

01 Jun 2014: Unit OSHE mengambil sampel air sungai bagi kerja-kerja penganalisisan di makmal, bertujuan untuk mengetahui punca pencemaran.

 

01 Jun 2014: Unit OSHE mendapati penyambungan elektrik di bahagian tangga di Blok 19, FKE terdedah. Unit OSHE tidak pasti, adakah ia masih dalam proses penyenggaraan atau sebaliknya.

 

 

01 Jun 2014: Unit OSHE memantau kerja-kerja pembinaan kaunter buku di Blok T04, Perpustakaan Raja Zarith Sofia.

 

 

01 Jun 2014: Unit OSHE mengesan banyak ikan mati di sungai, sungai sekitar dan sepanjang, berdekatan dengan Bangunan Blok 19a, FKE sehingga Padang UTM. Dikhuatiri sungai telah tercemar.

 

 

 

01 Jun 2014: Bukan begini jika hendak mengawal risikonya….(ditutup dengan kayu yang rapuh),!!!, Dari keadaan hazard yang nampak (obvious) kepada keadaan hazard yang tidak nampak (hidden) @ Bangunan Blok 19, FKE