+6 03 2615 4927 oshe.kl@utm.my
Muzakarah OSHE@UTMKL Siri 1/2020: Safety Checklist for Event Management

Muzakarah OSHE@UTMKL Siri 1/2020: Safety Checklist for Event Management

Satu sesi penerangan tentang keperluan dan cara-cara melengkapkan Safety Checklist telah diadakan di Unit OSHE UTM KL pada 9 Januari 2020. Sesi Muzakarah OSHE@UTMKL kali ini dikendalikan oleh Dr. Syazli Fathi iaitu Timbalan Pengarah Unit OSHE UTM. Beliau memberikan penerangan yang komprehensif tentang keperluan, manfaat serta cara-cara melengkapkan Safety Checklist untuk acara-acara yang akan dikendalikan oleh pelbagai pihak di UTM Kuala Lumpur. Pihak urusetia Muzakarah OSHE@UTMKL berharap agar ilmu yang disampaikan oleh beliau dapat mempertingkat kefahaman para peserta dalam pengurusan keselamatan untuk sesuatu acara. – “Stay Alert, Don’t Get Hurt” –