Bertempat di Dewan Sultan Iskandar UTM Johor Bahru. Ribuan terima kasih diucapkan pada Prof. Ts. Dr. Mohd Hamdan bin Hj Ahmad di atas nasihat serta amanat yang disampaikan.

Beliau menekankan pentingnya peranan kita sebagai staf di UTM untuk bersungguh-sungguh menjalankan amanah dan memainkan peranan kita sebagaimana contoh peristiwa yang berlaku ketika Nabi Ibrahim A.S dibakar oleh Raja Namrud.

Ketika kejadian ini, seekor burung pipit telah menyaksikan peristiwa berkenaan dan dia sedaya upaya membawa air diparuhnya membantu memadamkan api yang sedang membakar baginda. Semoga warga Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) akan terus cemerlang dan bersemangat untuk menjalankan amanah yang diberikan pada tahun 2022 ini.

 

Muat turun Intipati Amanat Tahun Baru TNC(P) 2022