Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh kumpulan kerja atas kejayaan memperoleh Kelulusan Perakuan Bomba (FC) bagi Stadium Azman Hashim.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen tinggi, usaha berterusan dan semangat kerja berpasukan dalam memastikan aspek keselamatan bangunan dipatuhi sepenuhnya mengikut kehendak undang-undang serta piawaian keselamatan kebombaan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor atas sokongan dan keprihatinan yang berterusan terhadap keselamatan bangunan-bangunan di UTM.
Semoga kerjasama erat ini terus dikekalkan demi kesejahteraan dan keselamatan seluruh komuniti kampus.