Pejabat TNC Pembangunan telahmengadakan bengkel penyelarasan laman web bersama unit bawah tanggungjawab Pejabat TNC Pembangunan pada 5 Mac 2014.

Bengkel yang diadakan di bilik profesional Pejabat Harta Bina bertujuan untuk menyelaraskan maklumat serta susun atur maklumat yang terdapat dalam laman web setiap unit. Fasilitator yang dijemput dari Unit Web,  Pejabat Hal Ehwal Korporat sedikit sebanyak dapat memberi maklumat yang bermanfaat serta panduan berguna kepada admin web setiap unit.

antara yang hadir bengkel ialah staf Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) serta unit dibawahnya iaitu Unit Lestari, Scholar Inn dan Equine Park.

Pihak Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) berhasrat akan mengadakan lagi bengkel ini di masa hadapan agar dapat meningkatkan lagi kemahiran admin web setiap unit.