Bahagian Pemajuan, JTNCP UTM, telah  menganjurkan Program Iftar & Penyampaian Duit Raya kepada pelajar terpilih pada 2 April 2024 (selasa) di Masjid Sultan Ismail, UTMJB, dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Masjid Sultan Ismail (MSI) & Pusat Islam (PI) UTMJB diatas segala bantuan dan kepada Bidari Kekal Sdn. Bhd. atas tajaan kepada pelajar-pelajar terpilih. 

Terima kasih pada semua peserta-peserta yang turut serta dan hadir bagi menjayakan program ini.