Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sr Nur Saznina Sazwani binti Mohammad Safe atas pengiktirafan sebagai Juruukur Harta Tanah bertauliah oleh Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM), yang melayakkan beliau membawa gelaran profesional “Sr”.
Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan, mencerminkan tahap kepakaran, integriti, dan komitmen tinggi beliau dalam bidang ukur harta tanah. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada warga universiti, khususnya dalam bidang teknikal dan profesional, untuk terus melakar kejayaan dan menyumbang secara signifikan kepada pembangunan institusi dan negara.
