Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. P.Geol Ts. Dr. Edy Tonnizam bin Mohamad atas pengurnian Pingat Lama dan Baik dalam Pekerjaan (P.L.P) semperna Majlis Kurniaan Pingat Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Tahun 2026.
Pengurniaan Pingat Lama dan Baik dalam Pekerjaan (P.L.P) ini merupakan satu pengiktirafan atas khidmat bakti, dedikasi serta komitmen cemerlang yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam perkhidmatan.
Semoga penghormatan yang diterima ini terus menjadi inspirasi dalam meneruskan kecemerlangan kepimpinan serta memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi demi manfaat bersama.

