Salam perpisahan dan ucapan semoga maju jaya kepada Cik Nurul Hafizah binti Ithnin, merupakan seorang pelajar praktikal di Pejabat Timbalan Naib Canselor Pembangunan. Seorang pelajar dari UiTM Bandar Melaka dan mengambil jurusan Ijazah Pengurusan Pejabat. Beliau telah menjalani latihan praktikal di Pejabat Timbalan Naib Canselor Pembangunan selama 3 bulan mulai 3 Mac 2014 sehingga 22 Jun 2014.

Kami semua staf di Pejabat Timbalan Naib Canselor Pembangunan ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Cik. Nurul Hafizah dalam meneruskan hari mendatang dengan suasana dan situasi kerja yang sebenar.