Kami semua warga Pejabat TNC(Pembangunan) ingin mengucapkan selamat menyambut bulan yang penuh keistimewaan iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga dengan kehadiran bulan ini kita sama-sama dapat meningkatkan lagi amalan kita untuk mendapat keredhaan-Nya.

Di kesempatan ini ini juga pihak warga TNC(Pembangunan) ingin berpesan kepada semua warga utm supaya sentiasa menjaga kesihatan agar ibadah yang dilakukan tidak terganggu. Dan bagi mereka yang pulang ke kampung halaman untuk menjalani ibadah berpuasa bersama keluarga, diharap agar selamat pulang dan selamat kembali bertugas.