Assalamualaikum w.b.t.

Kami warga staf pentadbiran Pejabat TNC(Pembangunan) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga UTM dan semua warga malaysia yang beragama islam yang akan menyambut syawal yang bakal tiba.

Dengan berakhirnya ramadhan dan syawal yang bakal tiba, kami semua warga Pejabat TNC(Pembangunan) ingin menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam apa jua perbuatan, pertuturan dan perkhidmatan yang diberikan.

Kepada yang memandu pulang berhari raya di kampung halaman, pandulah dengan berhemah dan berhati-hati, pastikan rumah yang ditinggalkan dalam keadaan berkunci dan selamat.

-SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA-