Selamat bersara diucapkan buat Encik Mazelan bin Tahib, Pembantu Tadbir (P/O) Kanan KUP (N26), Unit Perancangan & Pemantauan Penyenggaraan, Seksyen Penyenggaraan, Bahagian Pengurusan Aset setelah berkhidmat di UTM selama 40 tahun berkuat kuasa pada 02 Jun 2024.

Didoakan semoga Encik Mazelan bin Tahib sentiasa diberikan perlindungan dan kesihatan yang berpanjangan oleh Allah S.W.T. serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.