Selamat bersara diucapkan buat Encik A Kadir b Daud, Pemandu Kenderaan (H14), Unit UTMFleet setelah berkhidmat di UTM selama 30 tahun 4 bulan berkuat kuasa pada 01 Mei 2024.

Didoakan semoga Encik A Kadir b Daud sentiasa diberikan perlindungan dan kesihatan yang berpanjangan oleh Allah S.W.T. serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.