Ada insan hadir sebagai ketua,

dan ada insan hadir sebagai pembimbing jiwa.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat Prof. P.Geol. Ts. Dr. Edy Tonnizam bin Mohamd atas segala jasa, kepimpinan dan kasih yang dicurahkan sepanjang menerajui Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Universiti Teknologi Malaysia.

Beliau bukan sekadar mencipta pencapaian dan mengangkat nama universiti,tetapi turut meninggalkan nilai kemanusiaan, kebijaksanaan dan semangat kebersamaan yang akan terus terpahat dalam hati seluruh warga JTNC(P).

Segala tunjuk ajar, kepercayaan dan kepedulian yang diberi tidak akan kami lupakan.
Setiap langkah dan nasihat akan menjadi kenangan paling berharga buat kami semua.
Semoga setiap kebaikan yang dicurahkan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
Terima kasih Prof. P.Geol. Ts. Dr. Edy Tonnizam bin Mohamad
UTM Open Day