Saeed Mohamad Mohamud Abdalla, 31 yang terkorban dalam kemalangan selepas bas yang dinaiki bersama isteri Zarifah Alias, 26, terbabas di KM 11, Jalan Bentong-Raub dekat Bilut tengah malam 12 April 2014 merupakan individu yang sangat aktif dalam aktiviti sukarelawan dan usrah dan merupakan mantan Presiden Persatuan Pelajar Antarabangsa, Universiti Teknologi Malaysia (UTM Johor Bahru).

Allahyarham Hj Saeed Mohamad sedang melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur dalam bidang pengurusan dan dijangka menamatkan pengajiannya dua tahun lagi dan telah mendapat tawaran kerja di Kedutaan Arab Saudi  baru-baru ini.

Zarifah Alias, 26, adalah penyelidik sambilan di Hospital Sungai Buloh kini sedang melanjutkan pelajaran peringkat sarjana perubatan dalam bidang kanser di Universiti Malaya (UM) sedang hamil empat bulan dan mereka berdua dalam perjalanan pulang ke kampung halaman Zarifah dekat Padan Jeman, Salor di Kota Baharu.

Jenazah pasangan suami isteri itu telah dibawa pulang ke kampung kira-kira jam 6 petang semalam dan urusan pengebumian dilakukan selepas Maghrib.

Sama-sama kita menyedekahkan Al Fatihah kepada sahabat kita. Al-Fatihah