Universiti Teknologi Malaysia melalui Pusat Transformasi Komuniti (UTM-CTC) bersama Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia Negeri Johor (JKJR) dan SIRIM QAS International Sdn. Bhd. (SIRIM QAS) akan menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya 2014 seperti mana berikut :-

Tarikh : 23 September 2014 (Selasa)
Tempat : Dewan Sri Perdana, Kolej Perdana,UTM Johor Bahru.
Masa :
– 9.00 pagi hingga 5.00 petang (Pameran)
– 2.00 petang hingga 5.00 petang (Majlis Perasmian)

Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh YBhg. Dato? Dr. Tam Weng Wah, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia.

Sebanyak 200 unit topi keledar disediakan untuk ditukar dengan topi kaledar baru dbekalkan oleh JKJR (Siapa Cepat Dia Dapat). Sila mendaftar di Meja Urusetia bermula jam 1.00 tengahari hingga 2.00 petang, sila bawa bersama TOPI KELEDAR LAMA.

Perkhidmatan Bas Shuttle juga ada disediakan dari Perhentian Bas FAB ke Dewan Sri Perdana, Kolej Perdana UTM JB bermula jam 1.00 petang hingga 5.00 petang.

Semua mahasiswa dan warga kerja UTM dipersilakan hadir.

Maklumat lanjut, sila hubungi urusetia UTM-CTC iaitu Shafinaz (5533148) atau Rozaleigh (5533150).