4 April 2024 (Khamis) | Program Jom Balik Raya Bersama Zakat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bertempat di Dataran UTM Johor Bahru.
Program ini bertujuan bagi membantu para pelajar UTM pulang beraya di kampung halaman secara percuma sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Tajaan tiket bas percuma oleh Unit Zakat dan Kebajikan di bawah Pusat Islam UTM ini merupakan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTM dengan kerjasama Jabatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JTNCHEPA), UTM Fleet, dan barisan Persatuan Anak Negeri UTM.
Program disempurnakan oleh Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail diiringi oleh Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof. Ts. Dr. Edy Tonnizam bin Mohamad.
Jurufoto : Safri Wahid