Program Bahagian Pengurusan Aset (BPA) Turun Padang Siri 1/2026 telah berlangsung pada 20 Mei 2026 jam 9.00 malam bertempat di Kolej Tuanku Canselor (KTC). Program ini diadakan bagi menyantuni barisan pelajar KTC bersama pihak pengurusan kolej yang terdiri daripada Pengetua dan Majlis Felo.
Terima kasih diucapkan kepada semua Pengarah BPA yang hadir bersama pegawai-pegawai BPA serta pihak kontraktor bagi meninjau dan mendengar secara langsung keperluan serta maklum balas berkaitan fasiliti dan persekitaran kolej.
Turut hadir ialah pegawai-pegawai OSHE yang bersama-sama memberikan sokongan dalam memastikan aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan warga kolej sentiasa diberi perhatian.
Semoga program seperti ini dapat terus memperkukuh hubungan dan kerjasama antara pihak Universiti, kolej kediaman serta para pelajar demi mewujudkan persekitaran kampus yang lebih kondusif dan sejahtera.


