YBhg. Prof./Saudara,

 

Warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan sukacitanya dijemput untuk menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan (Oktober) yang akan diadakan pada 1 Oktober 2014 (Rabu).

Sukacita dimaklumkan, mana-mana Jabatan/Bahagian/Persatuan yang berhasrat untuk memasukkan slot di dalam perhimpunan bulanan ini perlu memaklumkan kepada pihak urusetia (Hal Ehwal Korporat) selewat-lewatnya 5 hari sebelum majlis berlangsung. Mana-mana permohonan yang diterima lewat, akan ditolak dan dicadangkan untuk dimasukkan ke perhimpunan yang akan datang. Ini bagi menghormati komitmen semua pihak yang terlibat secara langsung dalam persiapan majlis bulanan ini.
Kehadiran ke Majlis Perhimpunan Bulanan ini akan dikira di dalam rekod kehadiran latihan staf (UTM-Smile) serta Mata CPD (1 mata) kepada staf Akademik.


Perincian Perhimpunan Bulanan kali ini adalah seperti berikut:
Tarikh : 1 Oktober 2014 (Rabu)
Masa : 7.45 pagi
Tempat :

i. Dewan Bankuet
 , UTM Johor Bahru.
ii. [LIVE TELECAST] Dewan Utama, UTM Kuala Lumpur.
Pakaian: Korporat

Atur cara:
7.45 pagi : Staf mengambil tempat
8.00 pagi : Ketibaan YBhg. Datuk Naib Canselor
: Nyanyian lagu Negaraku
: Bacaan doa
: Ucapan oleh YBhg. Datuk Naib Canselor

: Pembentangan & Taklimat oleh Pengarah Kanan UTM International
: Penyampaian Sijil dan Cenderamata
: BersuraiSeluruh warga UTM dengan segala hormatnya dijemput hadir ke sesi perhimpunan bulanan ini. Segala sokongan dan komitmen YBhg. Prof/Saudara untuk hadir amatlah dihargai.