YBhg. Prof./Saudara,

Sukacita dimaklumkan, semua warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah dijemput untuk menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan (Jun) bersama YBhg. Naib Canselor yang akan diadakan pada 2 Jun 2014 (Isnin).

Sukacita diberitahu, mana-mana Jabatan/Bahagian/Persatuan yang berhasrat untuk memasukkan slot di dalam perhimpunan bulanan ini hendaklah memaklumkan kepada pihak urusetia selewat-lewatnya 5 hari sebelum majlis berlangsung. Mana-mana permohonan yang diterima lewat daripada tempoh yang dinyatakanakan ditolak. Ini bagi menghormati komitmen semua pihak yang terlibat secara langsung dalam persiapan Majlis Perhimpunan Bulanan ini.

Perincian Perhimpunan Bulanan ini adalah seperti berikut:

Tarikh: 2 Jun 2014 (Isnin)
Masa: 7.45 pagi
Tempat : 
i.  Dewan Utama, UTM Kuala Lumpur
ii. [LIVE TELECAST] Dewan Bankuet & Dewan Senat, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru.

Pakaian: Korporat.

Atur cara:
7.45 pagi : Staf mengambil tempat
8.00 pagi : Ketibaan YBhg. Naib Canselor
: Nyanyian lagu Negaraku
: Bacaan doa
: Ucapan oleh YBhg. Naib Canselor
: Penyampaian Sijil dan Cenderamata
: Nyanyian lagu UTM
: Bersurai

Seluruh warga UTM dengan segala hormatnya dijemput hadir ke sesi perhimpunan berkenaan. Segala kerjasama dan kehadiran YBhg. Prof/Saudara amatlah dihargai.

Sekian dimaklumkan.