YBhg. Prof./Saudara,

Warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan sukacitanya dijemput untuk menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan (Julai) bersama YBhg. Datuk Naib Canselor yang akan diadakan pada 7 Julai 2014 (Isnin).

Sukacita dimaklumkan, mana-mana Jabatan/Bahagian/Persatuan yang berhasrat untuk memasukkan slot di dalam perhimpunan bulanan ini, perlu memaklumkan kepada pihak urusetia (Hal Ehwal Korporat) selewat-lewatnya 5 hari sebelum majlis berlangsung. Mana-mana permohonan yang diterima lewat daripada tempoh yang dinyatakan akan ditolak. Ini bagi menghormati komitmen semua pihak yang terlibat secara langsung dalam persiapan Majlis Perhimpunan Bulanan ini.

Perincian Perhimpunan Bulanan kali ini adalah seperti berikut:
Tarikh : 7 Julai 2014 (Isnin)
Masa : 7.45 pagi
Tempat :
i. Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.
ii. [LIVE TELECAST] Dewan Utama, UTM Kuala Lumpur.

Pakaian: Korporat.

Atur cara:
7.45 pagi : Staf mengambil tempat
8.00 pagi : Ketibaan YBhg. Datuk Naib Canselor
: Nyanyian lagu Negaraku
: Bacaan doa
: Ucapan oleh YBhg. Datuk Naib Canselor

: Pembentangan oleh YBhg. Timb. Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
: Penyampaian Sijil dan Cenderamata

: Nyanyian lagu UTM
: Bersurai

Seluruh warga UTM dengan segala hormatnya dijemput hadir ke sesi perhimpunan bulanan ini. Segala sokongan dan komitmen YBhg. Prof/Saudara untuk hadir amatlah dihargai.