Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) atas usaha dan kerjasama dalam menjayakan penerbitan Buku Daftar Risiko JTNC(P) 

sebagai satu inisiatif penting dalam memperkukuh budaya pengurusan risiko yang lebih sistematik, efisien dan mampan.
Malah, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) turut melakar sejarah sebagai jabatan pertama yang berjaya menghasilkan dan menerbitkan buku daftar risiko ini sebagai rujukan dan panduan rasmi Jabatan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberi komitmen, idea, tenaga dan kerjasama sepanjang proses penyediaan buku ini berlangsung. Segala sumbangan dan usaha yang dicurahkan amat bermakna dalam memastikan kejayaan penerbitan ini direalisasikan.
Semoga penerbitan Buku Daftar Risiko JTNC(P) ni menjadi pemangkin kepada pengurusan risiko yang lebih cemerlang serta membudayakan tadbir urus terbaik dalam organisasi.
UTM Open Day