Polisi OSHE UTM

POLISI KESELAMATAN, KESIHATAN  & PERSEKITARAN UTM UTM bertanggungjawab menyedia, mewujud dan menyelenggara persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk seluruh warga UTM dan semua pihak yang berurusan dengan UTM selaras dengan kehendak perundangan negara.

Bagi menjayakan polisi ini UTM akan:-

  •  Menyediakan Sistem Pengurusan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran yang memenuhi kehendak perundangan negara serta piawai antarabangsa.
  •  Menyediakan dan melaksanakan pelan tindakan bagi membolehkan aktiviti-aktiviti di UTM berjalan dalam persekitaran yang selamat dan sihat.
  •  Memupuk budaya kerja yang selamat melalui pendidikan dan latihan yang berterusan.
  •  Mengkaji dan memperbaiki polisi Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran dari masa ke semasa.
UTM Open Day