Alhamdulillah! Jabatan telah menganjurkan Kursus Pengurusan Kewangan Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) bagi tahun 2026! . Kursus berimpak tinggi ini telah berjaya dilaksanakan dalam dua siri bagi memenuhi keperluan Continuous Professional Development (CPD) staf:
          Siri 1: 18 Mei 2026 (Isnin)
          Siri 2: 20 Mei 2026 (Rabu)
          Lokasi: Kampus UTM Johor Bahru
Penganjuran kursus ini merupakan satu langkah kritikal dalam meningkatkan kompetensi staf PPP Gred 9-14 ke tahap Cekap dan Mahir. Fokus utama adalah mantapkan tadbir urus kewangan dan pengurusan aset jabatan bagi mengelakkan risiko ketirisan serta memastikan pembaziran sumber dapat dielakkan.
Sepanjang 2 hari program bagi setiap siri , para peserta telah didedahkan dengan 6 skop kritikal termasuklah:
     1. Kelestarian Kewangan di Universiti Awam
     2.Pengurusan Bajet Universiti & Jabatan
     3.Pengurusan Perolehan (Perkhidmatan & Bekalan)
     4.Pengurusan Bayaran, Terimaan Hasil & Kawalan Kredit
     5.Pengurusan & Tadbir Urus Aset Alih Universiti
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan penceramah hebat kita yang berkongsi ilmu dan kepakaran:
     – Dr. Hazlinda binti Mohd Noor
     – Puan Nurahza Dalila binti Md Azhari
     – Puan Siti Azilah binti Mohd Amin 
Terima kasih juga kepada semua urus setia dan para peserta yang memberikan komitmen penuh sepanjang kursus berlangsung. Semoga segala ilmu, prosedur, dan peraturan kewangan yang dipelajari dapat diaplikasikan dengan jayanya demi kelancaran operasi dan kecemerlangan sistem kewangan universiti kita!
UTM Open Day