Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Johor dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya melaksanakan Kursus Mesra Malaysia Siri 1/2026 pada 13 Mei 2026 (Rabu) bertempat di Dewan Meranti, Kolej Rahman Putra, UTM Johor Bahru dengan penglibatan seramai 70 peserta yang terdiri daripada frontliners Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM serta penggiat industri pelancongan Johor.
Program ini telah menghimpunkan barisan hadapan industri pelancongan Negeri Johor bagi memperkukuh pengetahuan dan pemahaman berkaitan etika layanan pelanggan (hospitaliti).
Kursus ini memberi penekanan kepada peningkatan kualiti penyampaian maklumat dan perkhidmatan dalam menyokong ekosistem pelancongan negeri, khususnya dalam sektor GeoPelancongan, Program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM), serta Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia di Negeri Johor.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Bahagian Pemajuan serta MOTAC yang telah menjayakan program ini. Semoga kursus ini dapat menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan strategik antara UTM dan MOTAC.
