Johor Bahru, 30 April 2025 – Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) [JTNC(P)] telah menganjurkan satu Kursus Teknikal Berimpak Tinggi dengan kerjasama strategik industri bersama MIDEA Sdn. Bhd. Program ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 70 orang peserta, yang terdiri daripada staf JTNC(P), Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKT), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), para kontraktor, serta pelajar terpilih Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Kursus ini bertujuan untuk:

  • Memperkasakan ilmu teknikal dalam kalangan warga UTM;

  • Memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara universiti dan pihak industri;

  • Menyokong aspirasi UTM ke arah pembangunan mampan dan kecemerlangan teknologi.

Program ini merupakan antara inisiatif berterusan JTNC(P) dalam menyokong ekosistem pembelajaran berasaskan industri (industry-based learning) yang memberi impak langsung kepada peningkatan kecekapan, pengetahuan, serta kesiapsiagaan teknologi dalam pembangunan infrastruktur universiti.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, urus setia, dan rakan industri yang telah menjayakan program ini!