UNIT RESIDEN
SEKSYEN PENGURUSAN PERNIAGAAN
BAHAGIAN PENGURUSAN ASET
JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PEMBANGUNAN)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SOALAN LAZIM

KATEGORI

PRASISWAZAH

(Pelajar Baharu)

PRASISWAZAH

(Pelajar Kanan)

PASCASISWAZAH

(Sarjana & Doktor Falsafah)

PELAJAR ANTARABANGSA

(International Students)

LATIHAN INDUSTRI

(Pelajar UTM)

LATIHAN INDUSTRI

(Selain Pelajar UTM)

TEMPAHAN BILIK ASRAMA

(Program/Aktiviti Dalaman UTM)

TEMPAHAN RUANG/DEWAN

(Program/Aktiviti Dalaman UTM)

KEDIAMAN STAF UTM

(Permohonan Kediaman Staf)

ORGANISASI LUAR UTM

(Tempahan Bilik/Ruang)

LATIHAN INDUSTRI (Selain Pelajar UTM)

Saya bakal menjalani Latihan Industri/Latihan Mengajar di dalam UTM, Adakah saya dibenarkan sewa bilik asrama di dalam UTM?

Permohonan untuk menetap di kolej kediaman adalah tertakluk kepada kelulusan masuk ke kampus UTM oleh Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Teknologi Malaysia dengan menghantar permohonan masuk ke kampus dan menyatakan hasrat untuk menginap di kolej kediaman kepada Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTM melalui emel yang dinyatakan;

Timbalan Pendaftar

Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)

Universiti Teknologi Malaysia

Emel : tphep@utm.my

Bagaimanakah proses permohonan penyewaan bilik asrama bagi pelajar luar yang menjalani latihan industri/latihan mengajar di dalam kampus UTM?

Setelah permohonan diluluskan oleh Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), sila lampirkan surat kelulusan “Kebenaran Memasuki Kampus Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru” yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) berserta surat tawaran latihan industri / latihan mengajar / fellowship dan surat permohonan rasmi berserta maklumat berikut ke emel rasmi Kluster Hospitaliti asrama@utm.my untuk proses penempatan kolej kediaman :-

 

Nama Pemohon

:

 

No. Kad Pengenalan

:

 

No. Telefon

:

 

Emel

:

 

Alamat Surat Menyurat

:

 

Tarikh Masuk

:

 

Tarikh Keluar

:

 

Adakah saya dibenarkan sewa menginap di dalam kampus UTM sekiranya saya menjalani Latihan Industri/Latihan Mengajar di luar UTM?

Tidak dibenarkan.

Berapakah kadar sewaan bilik asrama sepanjang saya sewa menginap?

Kadar sewaan bilik asrama adalah seperti butiran berikut ;

 

Kadar Sewaan
Jenis Bilik Kelengkapan
RM7.00/Orang/Hari Bilik berdua Bantal sahaja disediakan
Apakah kaedah bayaran sewa bilik asrama sepanjang saya sewa menginap?

Kaedah bayaran adalah secara tunai sahaja (bayaran setiap awal bulan)