UNIT RESIDEN
SEKSYEN PENGURUSAN PERNIAGAAN
BAHAGIAN PENGURUSAN ASET
JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PEMBANGUNAN)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SOALAN LAZIM

KATEGORI

PRASISWAZAH

(Pelajar Baharu)

PRASISWAZAH

(Pelajar Kanan)

PASCASISWAZAH

(Sarjana & Doktor Falsafah)

PELAJAR ANTARABANGSA

(International Students)

LATIHAN INDUSTRI

(Pelajar UTM)

LATIHAN INDUSTRI

(Selain Pelajar UTM)

TEMPAHAN BILIK ASRAMA

(Program/Aktiviti Dalaman UTM)

TEMPAHAN RUANG/DEWAN

(Program/Aktiviti Dalaman UTM)

KEDIAMAN STAF UTM

(Permohonan Kediaman Staf)

ORGANISASI LUAR UTM

(Tempahan Bilik/Ruang)

KEDIAMAN STAF UTM (Permohonan Kediaman Staf)

Apakah syarat-syarat bagi permohonan Perumahan Desa Bakti bagi staf UTM?

Keutamaan akan diberikan kepada kriteria staf seperti di bawah:

  • Berkahwin sahaja (keutamaan kepada staf yang baharu berkahwin);
  • Bertaraf lantikan Tetap / Kontrak oleh universiti sahaja dan bukan jabatan;
  • Tidak memiliki rumah;
  • Disokong oleh Ketua Jabatan;
  • Gaji Maksimum kedua-dua pasangan tidak melebihi RM 3,000.00 (gaji bersih);
  • Keutamaan kepada Kumpulan C dan D (kumpulan sokongan bukan akademik);
  • Tertakluk kepada kekosongan semasa
Apakah syarat-syarat bagi permohonan Perumahan Desa Skudai bagi staf UTM?

Keutamaan akan diberikan kepada kriteria staf seperti di bawah:

  • Berkahwin / Belum Berkahwin;
  • Bertaraf lantikan Tetap / Kontrak oleh universiti termasuk lantikan PTJ / Jabatan secara geran penyelidikan (kuat kuasa 1 Januari 2017);
  • Tidak memiliki rumah;
  • Disokong oleh Ketua Jabatan;
  • Gaji Maksimum kedua-dua pasangan (telah berkahwin) atau individu (belum berkahwin) tidak melebihi RM 4,000.00 (gaji bersih);
  • Keutamaan kepada Kumpulan C dan D (kumpulan sokongan bukan akademik), walau bagaimanapun Kumpulan A dan B juga diberikan pertimbangan sekiranya berlaku kekosongan (Kuat kuasa 1 Disember 2016);
  • Tertakluk kepada kekosongan semasa
Bolehkah staf bertaraf lantikan sambilan/sementara memohon kediaman staf?

Tidak boleh