Bicara Aspirasi TNCP: Anjakan Minda yang berlangsung baru-baru ini menjadi wadah kepada Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof. Dr. Edy Tonnizam Mohamad, dalam menyampaikan hasrat dan hala tuju bagi memastikan gerak kerja dan sasaran tahun 2024 dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh warga jabatan itu.
“Saya mahukan JTNCP menjadi jabatan yang akan mengotakan apa yang telah dijanjikan kepada universiti,” ujar Prof Edy.
Bicara Aspirasi TNCP: Anjakan Minda berlangsung di Dewan Senat Ainuddin Wahid, UTM Johor Bahru dengan siaran lintas langsung di Dewan Jumaah, UTM Kuala Lumpur.