Sesi Audit Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 2025 bagi Kategori Jabatan Utama telah berlangsung pada 20 April 2026 di Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan). Audit ini telah diketuai oleh Dr. Mohd Fadli bin Rahmat selaku Ketua Panel Audit bersama barisan panel audit iaitu Chm. Dr. Mohd Akmali bin Mokhter, Puan Siti Zhahara binti Salleh dan Encik Mohd K. Rusydan bin Kasim. Turut hadir sama Dr. Norafneeza binti Norazahar, Encik Ahmad Fadly bin Samsuri dan Cik Marilyn Bangi anak Abell.
Pengerusi JKKP JTNC(P), Encik Mohd Herme Yusman bin Mohd Tahir serta beberapa Ahli JKKP JTNC(P) turut sama menjayakan sesi audit tersebut mewakili pihak JTNC(P).
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga JTNC(P), khususnya Ahli JKKP JTNC(P) yang terdiri daripada wakil pekerja dan wakil majikan mewakili seluruh bahagian di bawah JTNC(P), atas kerjasama, komitmen dan penglibatan sepanjang sesi audit ini berlangsung. Penghargaan turut diberikan atas pelaksanaan pelbagai aktiviti dan inisiatif yang menyumbang ke arah peningkatan aspek keselamatan dan kesihatan warga JTNC(P) secara keseluruhannya.
Semoga usaha berterusan ini dapat memperkukuh budaya kerja selamat serta memantapkan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan ke arah mewujudkan JTNC(P) yang sihat, selamat dan sejahtera.
UTM Open Day