Video Aspirasi Minda kali ini menampilkan perkongsian daripada pelbagai pihak termasuk staf, pelajar, kontraktor dan pengusaha yang berkaitan dengan fasiliti di bawah Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Universiti Teknologi Malaysia.
Menerusi temuramah ini, pelbagai pandangan, pengalaman serta cadangan penambahbaikan telah dikongsikan bagi memperkukuh kualiti perkhidmatan dan pengurusan fasiliti Universiti.
Terima kasih kepada semua yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang diberikan. Tahniah juga kepada seluruh warga JTNC(P) atas usaha dan dedikasi berterusan dalam menyediakan fasiliti yang kondusif, berkualiti serta memberi manfaat kepada seluruh warga Universiti.
UTM Open Day