Dukacita dimaklumkan bahawa tiga daripada 10 mangsa yang terlibat dalam nahas pertembungan helikopter ketika mengadakan Latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada 23 April lalu, merupakan alumni UTM.
Mangsa yang terkorban terdiri daripada Allahyarham Kdr. Muhammad Firdaus bin Ramli, Allahyarham Kdr. Wan Rezaudeen Kamal bin Wan Zainal Abidin dan Allahyarham Kdr. Muhamad Amir bin Mohamad. Allahyarham Kdr. Muhammad Firdaus dan Allahyarham Kdr. Wan Rezaudeen merupakan graduan Sarjana Muda Sains (Nautika) manakala Allahyarham Kdr. Muhammad Amir pula ialah graduan Diploma Pengurusan Teknologi (Pengangkutan Pertahanan Maritim).
Salam takziah diucapkan kepada keluarga dan rakan kenalan para perajurit kita. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan yang beriman. Al-Fatihah…
Sumber dari Facebook Page Universiti Teknologi Maklumat (UTM)