Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutama Unit Kewangan Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) dalam menjayakan Pelancaran Laman Sesawang Kewangan sebagai medium penyampaian maklumat yang lebih pantas, teratur dan mudah diakses oleh warga Universiti.
Pembangunan laman sesawang ini diharap dapat membantu memperkukuh penyampaian informasi berkaitan kewangan serta memudahkan urusan dan rujukan pengguna secara lebih efisien. ✨
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang telah menyumbang idea, tenaga dan komitmen dalam merealisasikan pembangunan laman sesawang ini.
Semoga inisiatif ini memberi manfaat kepada seluruh warga dan terus memperkasakan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti.
 
Laman Sesawang Unit Kewangan JTNC(P) UTM : https://dvcdev.utm.my/finance/
UTM Open Day