29 Mei 2025 | UTM
Dalam rintik hujan yang menggamit dan langit yang menduga, Program Team Building & Well-being JTNCP 2025 berjaya dilangsungkan dengan penuh semangat dan warna-warni di sebalik segala ujian.
Walaupun pagi dimulakan dengan hujan lebat, laluan banjir ke Akuifer dan taman, pokok tumbang ke Balai Cerap, serta insiden kecil kenderaan di Padang JDT — semangat padu jawatankuasa penganjur tidak pernah luntur. Pelan kontingensi digerakkan, aktiviti disusun semula dan peserta kekal bersemangat hingga ke penamat.
Tahniah diucapkan kepada para juara:
1. Oren 4
2. Kuning 3
3. Merah 1
4. Oren 3
5. Biru 4
Manakala pasukan lain menerima penghargaan saguhati atas semangat dan penyertaan luar biasa. Senyuman terukir, gelak tawa terhambur — bukti semua peserta pulang dengan jiwa yang lebih erat dan hati yang lebih cekal.
Prof. Edy turut menyatakan rasa bangga dan syukur atas kejayaan program ini yang bukan sahaja menguji fizikal dan mental, tetapi juga menyemai nilai kerjasama sebenar. Syabas JTNCP – kalian benar-benar menewaskan “petir cabaran” dengan semangat yang menyala!