KOMPETENSI TERAS
Selasa, 08 September 2026 | Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur
Taklimat Modul Pembelian Terus E-Perolehan UTM Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM Kuala Lumpur

Taklimat berlangsung bermula jam 10.00 pagi - 12.00 t.hari secara dalam talian melalui platform Google Meet. Taklimat telah disampaikan oleh penceramah jemputan:
1. Encik Harith Hasbullah bin Abdul Razak
2. Encik Muhammad Akmal bin Badlisham
Seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja N dan J yang terlibat dalam urusan kewangan telah menyertai sesi ini bagi meningkatkan pemahaman serta memantapkan pengetahuan berkaitan penggunaan modul terbaharu E-Perolehan UTM, khususnya dalam pelaksanaan proses pembelian terus. Sesi ini diadakan bagi memperkukuh kecekapan warga kerja dalam melaksanakan urusan perolehan secara lebih cekap, teratur dan berintegriti, selaras dengan keperluan pelaksanaan proses perolehan UTM. Semoga perkongsian dan pengisian yang disampaikan dapat memberi manfaat serta membantu warga kerja dalam melaksanakan urusan perolehan dengan lebih berkesan.
