Function Structure

Home  > Info > Function Structure

Unit Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia
Pengurusan Korporat Jabatan meliputi perancangan sumber manusia termasuk perangkaan staf, pengurusan sumber manusia seperti perjawatan, perkhidmatan, kenaikan pangkat, persaraan atau penamatan, penilaian prestasi serta pengurusan penilaian kompetensi. Selain itu, ia turut merangkumi pengurusan emolumen, pembangunan sumber manusia melalui kursus, latihan dan program sangkutan, pengurusan mata CPD serta pelaksanaan pelan penggantian. Skop tugas ini juga melibatkan pengurusan rawatan dan perubatan, cuti serta rekod kehadiran staf, kajian kepuasan staf (ESI), pengurusan bakat bersama badan profesional, kebajikan staf, serta urus setia Mesyuarat Pembangunan Bakat dan Pelan Penggantian (MPBPP) dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih Pentadbir Akademik. Selain itu, jabatan ini turut melaksanakan lain-lain fungsi yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Unit Kewangan
Mengurus Bajet Mengurus, Tabung Amanah serta peruntukan di bawah pelan strategik termasuk pengurusan bayaran bagi Bajet Mengurus, Tabung Amanah, peruntukan pembangunan dan overhead. Selain itu, unit ini turut mengendalikan pengurusan perolehan bekalan dan perkhidmatan, terimaan kewangan, aset dan inventori serta audit kewangan. Skop tugas Unit Kewangan juga merangkumi penyediaan pelaporan kewangan Jabatan TNC(P), pemberian penasihatan kewangan, pengurusan Tabung Amanah serta bertindak sebagai urus setia mesyuarat berkaitan kewangan seperti sebutharga, tender dan Jawatankuasa Kewangan. Di samping itu, unit ini turut melaksanakan lain-lain fungsi yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Seksyen Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE)
Mempromosikan budaya kerja selamat melalui pendedahan dan promosi terhadap sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) yang mantap. Selain itu, unit ini melaksanakan pemantauan terhadap aktiviti kerja berisiko di dalam UTM, merancang dan menyelaras aktiviti pengauditan KKP, serta merancang dan menyelaras latihan dan program kesedaran KKP seperti ceramah dan kempen. Unit ini juga memantau dan menyelaras aduan berkaitan kemalangan pekerjaan, kemalangan nyaris, penyakit serta keracunan pekerjaan termasuk mengemukakan cadangan penambahbaikan. Di samping itu, unit ini turut melaksanakan lain-lain fungsi yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Unit Endowmen
Merancang dan melaksanakan aktiviti pendanaan serta penjanaan dana melalui sumber utama seperti filantropi, projek dan program. Unit ini turut membuat perancangan penggunaan tabung-tabung endowmen termasuk biasiswa, kursi profesor, penyelidikan dan lain-lain, di samping mengurus kewangan sumbangan, perbelanjaan serta pelaburan tabung endowmen. Selain itu, Unit Endowmen melaksanakan promosi dan aktiviti berkaitan penjanaan dana endowmen, mengambil tindakan pemberian faedah kepada penyumbang atau penderma seperti penamaan ruang, makmal, bangunan dan aset berkaitan, serta mengurus penyampaian ucapan penghargaan kepada para penderma Tabung Endowmen UTM. Skop tugas ini juga merangkumi penyediaan laporan tabung endowmen, pengurusan biasiswa endowmen, bantuan kewangan kepada pelajar B40, permohonan dan kelulusan aktiviti fundraising, penajaan dan derma termasuk melalui UTMSMART dan laman web fundraising, pengurusan projek penjanaan melalui kedai cenderahati UTM @ UTMart, serta permohonan fundraising daripada pihak dalam dan luar UTM. Di samping itu, Unit Endowmen bertindak sebagai urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Endowmen UTM, Jawatankuasa Pemegang Amanah Endowmen UTM dan pemantauan Kursi Endowmen, selain mengenal pasti serta menjalinkan engagement dengan filantropi baharu dan sedia ada. Unit ini juga melaksanakan lain-lain fungsi yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Unit Penjanaan
Membangunkan pelan pembangunan perniagaan harta tanah dan aset bagi menjana pendapatan yang mampan, serta menyediakan kemudahan perkhidmatan ruang, aset dan fasiliti kepada pelanggan Universiti. Di samping itu, unit ini mengoptimumkan penggunaan aset Universiti melalui penyediaan perkhidmatan dan penjanaan pendapatan kepada pelanggan sama ada dari dalam atau luar Universiti. Unit ini juga berperanan sebagai pejabat pusat dalam mentadbir semua dasar penjanaan pendapatan berkaitan pengurusan aset sedia ada dan aset berpotensi, selain meneroka peluang perniagaan baharu menggunakan aset Universiti sama ada aset alih atau tidak alih. Skop tugas turut merangkumi pemusatan pengurusan perniagaan di bawah satu konsortium bagi memastikan pengurusan korporat dan kewangan yang berkesan serta berdaya maju sebagai strategic business unit, penyediaan dan pengemaskinian rekod aset alih dan aset tidak alih bagi mengoptimumkan penggunaannya untuk tujuan penjanaan pendapatan, serta melaksanakan lain-lain fungsi yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Unit Pentadbiran dan Pemajuan Tanah
Mengurus dan mengendalikan pengeluaran salinan dokumen serta maklumat harta tanah berimilik bagi kegunaan rasmi, termasuk pengurusan carian rasmi hak milik, penyimpanan dokumen hak milik asal dan terkini, serta semakan dan pengemaskinian maklumat sekiranya berlaku perubahan hak milik. Unit ini turut mengurus keperluan dokumen dan proses pengeluaran hak milik sambungan selepas pengambilan tanah, pendaftaran hak milik kekal, serta melaksanakan siasatan bagi kes hak milik tanah yang bermasalah. Selain itu, unit ini merancang dan melaksanakan penilaian aset tanah dan bangunan secara berkala termasuk bagi tujuan urus niaga seperti sewaan atau pajakan, menyediakan maklumat terperinci bagi urusan bicara siasatan hak milik, mengemas kini kadar cukai serta merancang keperluan kos tanah tahunan, dan mengurus bayaran premium tanah, cukai harta tanah, cukai tanah, yuran pajakan tahunan, fi ikhtisas serta bayaran berkaitan lain. Skop tugas unit ini juga merangkumi pemberian input bagi penyediaan draf perjanjian urus niaga harta tanah baharu, perancangan, pengendalian dan penilaian aktiviti cadangan pembangunan harta tanah UTM, penyelarasan pelan induk pembangunan tanah, pengurusan permohonan guna tanah bagi pelbagai kategori kegunaan, semakan keperluan dokumen pemajuan tanah, pelaksanaan lawat periksa sebelum dan selepas urus niaga, pemantauan pembangunan fizikal aset tanah agar mematuhi peraturan dan perundangan yang berkuat kuasa, pengurusan proses pengambilan tanah atau serahan kawasan, serta pemantauan dan semakan semula perjanjian urus niaga harta tanah sedia ada yang bermasalah. Unit ini juga bertindak sebagai urus setia Jawatankuasa Induk Pengurusan Hartanah dan Pembangunan serta Jawatankuasa Teknikal Pengurusan dan Pembangunan Tanah UTM, di samping melaksanakan lain-lain fungsi yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Unit Projek dan Ubah Suai
Merangka, merancang, mengawal dan mengurus pelaksanaan projek pembangunan, projek ubah suai serta projek naik taraf di seluruh kampus bermula dari fasa reka bentuk skematik, pembangunan reka bentuk, dokumentasi kontrak, pelaksanaan dan pengurusan kontrak sehingga penyiapan akhir, penutupan akaun serta pengeluaran sijil bayaran. Unit ini turut merancang pelarasan bersama PTJ bagi pengurusan dan penyediaan belanjawan Rancangan Malaysia mengikut keutamaan, menyediakan permohonan bajet, menjalankan semakan dan kajian tapak, perancangan reka bentuk, anggaran kos awalan serta dokumentasi teknikal pada fasa dokumentasi kontrak. Selain itu, unit ini memantau pelaksanaan projek dari fasa pembinaan sehingga penyerahan projek dan pengeluaran Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), termasuk pengurusan Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) dan fasa penutupan akaun. Skop tugas ini juga merangkumi penyediaan laporan status kemajuan projek bagi tujuan pemantauan pengurusan teknikal, penyediaan khidmat perundingan bagi pembinaan bangunan baharu, kerja tambahan bangunan serta projek ubah suai dan naik taraf, di samping melaksanakan lain-lain fungsi yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Unit Penyenggaraan Bangunan dan Infrastruktur
Merancang dan mengawal kerja-kerja penyenggaraan pencegahan serta penyenggaraan terancang, termasuk merancang, mengurus dan menyediakan belanjawan bagi pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan. Unit ini turut mengurus dan memantau kerja-kerja pembaikan serta penyenggaraan secara in-house, di samping memantau prestasi keseluruhan kerja penyenggaraan sama ada in-house atau outsource serta menyediakan laporan prestasi bulanan. Selain itu, unit ini mengurus permohonan dan penglibatan seksyen dalam program rasmi universiti, merancang dan mengurus keperluan bahan, alat ganti, mesin, kenderaan dan jentera, serta mengurus sinergi dan kolaborasi bersama ahli akademik daripada PTJ dan pihak industri. Skop tugas unit ini juga merangkumi perancangan dan pengurusan kerja baik pulih serta naik taraf kemudahan infrastruktur bagi pelan jangka pendek dan jangka panjang, termasuk penyenggaraan sistem bekalan air, pembentungan, jalan raya, cerun, jambatan, hentian bas, wakaf dan pencawang. Di samping itu, unit ini mengurus bekalan air di sekitar kampus dengan gangguan minimum melalui pengoptimuman sumber air bersih alternatif, mengurus terma kontrak penyenggaraan infrastruktur dan STP, memantau kerja pembaikan secara in-house, serta mengurus permohonan bekalan air dan elektrik sementara bagi program-program dalam kampus. Unit ini juga melaksanakan lain-lain fungsi yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Unit Pengurusan Ruang dan Fasiliti
Mengurus tenaga serta menyediakan laporan prestasi penggunaan utiliti Kampus KL, termasuk mengurus permohonan berkaitan bekalan air dan elektrik di kampus. Unit ini turut merancang dan melaksanakan langkah-langkah penjimatan utiliti, mengurus serta mengesahkan bil-bil utiliti kampus, dan merancang kerja naik taraf kemudahan fasiliti bagi pelan jangka pendek dan jangka panjang. Selain itu, unit ini memantau dan menyediakan laporan bulanan prestasi keseluruhan kerja-kerja penyenggaraan ECS, merancang dan melaksanakan audit bangunan melalui Building Condition Assessment, serta mengurus sinergi dan kolaborasi bersama pelajar, ahli akademik daripada PTJ dan pihak industri. Skop tugas ini juga merangkumi pengurusan, perancangan dan pelupusan aset alih perabot universiti bagi Kampus KL, pengurusan keperluan stor jabatan, serta melaksanakan lain-lain fungsi yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Unit Perkhidmatan
Fleet:
Menyediakan perkhidmatan dan mengurus tempahan kenderaan gunasama Universiti, termasuk mengurus perolehan peruntukan kenderaan, menyelaraskan proses pelupusan kenderaan, mengurus perkhidmatan kenderaan shuttle dalam kampus, serta menyediakan perkhidmatan kenderaan wakaf kepada komuniti. Unit ini juga membantu dalam perkhidmatan kecemasan UTM dan melaksanakan lain-lain fungsi yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Auto Service:
Mengurus perolehan teknikal kenderaan dan peralatan keselamatan Universiti, penyelenggaraan berkala dan pembaikan kenderaan, serta memastikan semua kenderaan Universiti berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Unit ini juga mengendalikan urusan kecemasan kenderaan, proses pelupusan kenderaan, serta melaksanakan lain-lain fungsi yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Ruang:
Mengendalikan dan memproses permohonan tempahan ruang gunasama dan peralatan dari pihak dalam dan luar kampus, merancang dan mengatur agihan pelaksanaan tugasan harian, mingguan dan bulanan berdasarkan tempahan berjadual, serta menyediakan, menghantar dan menyusun keperluan peralatan di ruang yang terlibat. Unit ini juga merekod dan menyimpan data peminjaman dan tempahan, mempromosi tempahan ruang dan peralatan bagi mengoptimumkan aset sedia ada, serta melaksanakan lain-lain fungsi yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Residen:
Menyediakan perkhidmatan penginapan pelajar serta kemudahan penyewaan penginapan, termasuk pengurusan sewaan ruang bagi program UTM dan organisasi luar. Unit ini juga mengurus penyewaan perabot dan fasiliti kolej, menyelaras keperluan keselamatan dan kesihatan penghuni kolej kediaman, memantau ketersediaan ruang, keperluan penyelenggaraan dan pembaikan fasiliti, serta melaksanakan lain-lain fungsi yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Unit Kelestarian dan Keindahan Kampus
Merancang, merangka dan melaksanakan program di bawah inisiatif Kampus UTM Berseri termasuk pelan induk landskap, UTM Geosite, UTM Georintis dan UTM Geoedupelancongan melalui kolaborasi serta koordinasi bersama jabatan, agensi, PTJ dan penyelidik. Unit ini turut merancang dan merangka polisi serta garis panduan berkaitan skop kelestarian dan keceriaan kampus yang melibatkan SDG 7, SDG 13 dan SDG 15, selain bekerjasama dengan PTJ dan agensi berkaitan bagi menggerakkan peranan sebagai Green Manager JTNCP. Skop tugas unit ini juga merangkumi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan kolaborasi strategik dalam Jawatankuasa Induk Kelestarian BPA meliputi pengurusan sisa pepejal, tenaga dan air termasuk pelaksanaan kempen, poster, roadshow dan hebahan elektronik, di samping penyediaan anggaran kos dan permohonan bajet. Selain itu, unit ini merangka dan menganalisis skop kerja tender bagi penambahbaikan dokumentasi tender sisa pepejal, landskap, pembersihan bangunan dan makhluk perosak, serta merancang, melaksanakan dan memantau kerja di tapak melalui Mesyuarat Teknikal dan Tapak secara berkala. Unit ini turut merancang, melaksana dan menyediakan perkhidmatan teknikal berkaitan hiasan, landskap dan pembersihan sama ada melalui program universiti atau permohonan jabatan dan PTJ, mengurus pentadbiran Nursery dan Dusun UTM termasuk aktiviti semaian, kitar semula, kerja teknikal in-house serta dusun komuniti, merancang program kerjasama dan kolaborasi bagi pelaksanaan kempen kebersihan luar dan dalam bangunan, serta melaksanakan lain-lain fungsi yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Unit Kontrak dan Perolehan
Merancang, mengawal selia dan memantau perolehan kerja, bekalan dan perkhidmatan, termasuk mengurus, mengemaskini dan memantau maklumat kontrak kerja serta perkhidmatan dalam sistem data perolehan. Unit ini melaksanakan perolehan mengikut perancangan yang ditetapkan serta mematuhi tatacara dan panduan terbaik berkaitan pengurusan perolehan selaras dengan dasar kerajaan dan peraturan UTM, termasuk memantau dan mengemaskini syarat kontrak mengikut keperluan semasa. Selain itu, unit ini memberikan khidmat nasihat teknikal berkaitan kontrak kerja dan perkhidmatan, mengurus perolehan perunding, bertindak sebagai urus setia Jawatankuasa Penilaian Tender, Jawatankuasa Sebutharga Kerja (Universiti) dan Jawatankuasa Spesifikasi, serta mengurus pentadbiran kontrak termasuk penyediaan dan pengurusan dokumen kontrak, bayaran, sijil-sijil kontrak, kerja tambahan (VO) dan lanjutan masa (EOT). Unit ini juga memantau prestasi projek serta memberi nasihat teknikal dan kontrak bagi memastikan projek disiapkan mengikut masa, kos dan kualiti, selain bertindak sebagai urus setia Jawatankuasa Perubahan Kerja, Jawatankuasa Lanjutan Masa dan Jawatankuasa Projek Sakit. Unit ini turut melaksanakan lain-lain fungsi yang diarahkan dari semasa ke semasa.
UTM Open Day