PROGRAM RASMI
Jumaat, 27 Februari 2026 | Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM Kuala Lumpur

Taklimat ASCEND & Mesyuarat Bahagian Pengurusan Aset JTNC(P) UTM Kuala Lumpur

Taklimat ASCEND Bahagian Pengurusan Aset, UTM Kuala Lumpur telah dilaksanakan bagi memperjelas aspirasi UTM ASCEND 2030 serta menghuraikan peranan dan tanggungjawab warga jabatan dalam merealisasikan agenda transformasi universiti. Sesi ini turut bertujuan menyelaras kefahaman terhadap hala tuju dan sasaran strategik yang ditetapkan, seterusnya memastikan setiap inisiatif di peringkat jabatan dilaksanakan secara terancang, bersepadu dan berimpak. Taklimat ini disampaikan oleh Sr. Ts. Yusmady bin Md. Junus, Pengarah Bahagian Pengurusan Aset, UTM Kuala Lumpur.

UTM Open Day